Quote Of The Day

Saturday, April 30, 2011

Bye-Bye KL

0
Entry berjadual ini telah diset untuk dipublishkan pada Sabtu 30hb April 2011 Jam 8.00am. Kemungkinan saat ni saya sudah berada disepanjang highway kerana kebiasaannya saya akan bertolak pada awal pagi. Merentas lebuhraya berseorangan kerana mr soulmate sangat-sangat sibuk dan tidak berkesempatan untuk menghantar saya. Doakan saya selamat pergi dan selamat kembali.Insya Allah. 

Friday, April 29, 2011

Away

0
Morning All Readers...

Blog ini akan di-sejukbeku-kan lebih kurang 1 week sebab i'll be away from KL. Insya Allah ada kesempatan dan kelapangan try untuk update tapi tak harap laa sebab lappy ni pon saya tinggal. Jumpa lagi dan have a nice holidays everyone ^_^



Thursday, April 28, 2011

People's Queen

0
I love to see this face. Raut wajahnya sederhana,ayu,lembut dan pemalu.Namun umurnya tidak panjang. Diana The Princess Of Wales. 


Wednesday, April 27, 2011

Beluga Airbas

0
Nampak pelik lak kapaltorbang ni..canggih betul skarang ni...cuci mate jek la yer *___^. Sekali pandang macam flower horn daaa kan kan kan...





Credit to google pix

Jangan Mengambil Hak Orang Lain

2
Pagi all...

Terpanggil untuk 'menulis' pagi ini. Tiada niat untuk mendedahkan aib sesiapa tetapi hanya mahu anda semua menilai sendiri sikap sebegini dan elakkan daripada mengambil hak sesiapa.Pengajaran untuk tukang taip juga 

Al-kisahnya pasal rumah sewa yang tukang taip sewa skarang. Insya Allah 2  org bakal meninggalkan rumah tu sbb bakal berkahwin dan sorang yang dah selamat ke jinjang pelamin mengambil keputusan untuk mengikuti suami masing-masing. Takde masalah sbb tukang taip dan sorang lagi housemate akan masuk bilik yang ditinggalkan oleh mereka-mereka ini. 

Tukang taip(T.T) mengambil keputusan untuk iklankan bilik yang tukang taip duduk skrang so tanpa membuang masa T.T iklankanlah diportal-portal kat tenet tu. Tak menjadi masalah untuk T.T sebab kemasukkan bulan Jun 2011 Insya Allah. 

Berbalik pada housemate sorang lagi ni, bila T.T dan dia mula berbincang psal kadar deposit yang perlu dipulangkan pada 2 org yang akan kuar daripada rumah tu dan penyewa baru agak terkujat jugaklah bila terkeluar ayat sebegini drp mulut beliau "Eh ********(nama tukang taip) jangan bagitau budak baru masuk tu sewa rumah ni RM500 sebulan tau" 


Klau korang apa korang expect? Apa niat dia sebenarnya? Rumah 5R3BR dan hanya 4R disewakan dengan sewa RM500 and harga bilik ditetapkan mengikut sqf bilik tersebut. Of course harga bilik tu dalam range RM100-RM160 jer. Adakah dia cuba menangguk di air yang keruh? Mengambil kesempatan dengan mark-up kadar sewa pada harga yang tak sepatutnya? Klau benar dia ikhlas kenapa perlu keluarkan kenyataan berikut? 

Dalam sesi perbincangan lain dengan slumber jer T.T sound(dalam nada lembut kan tak pasal2 gaduh n masam muka lak kan haishh mtk jauh) "berapa yer nak kena pulangkan balik deposit ni,sbb saya pon tak la makan duit orang..suk2 tak sanggup nak kena bakar".Lantaklah sapa makan cili dia yang terasa pedasnya. 

Tidak adil sama skali jika kadar sewa diupkan dan lebihan sewa tersebut di'tarik' oleh mereka-mereka yang bersikap sebegini. Klau benar anda ikhlas dan jujur paparkan kadar sewa yang sebenar setiap bilik untuk tatapan housemate semua. 

Banyak juga kes sebegini yang saya dapat agak..sebab bila ditanya harga rumah dengan kadar sewa bilik sungguh tidak musabah. Yang pasti anda buat silap andalah yang akan dapat dosanya.Get ready laa untuk dibakar dan bersoal jawab denganNYA di akhirat kelak.INGAT!!! Tidak akan terlepas setiap tindak tanduk kita sehari-hari daripada penilaianNYA. Sanggupkan anda menghadapi tuduhan mengambil hak orang lain? Tepuk dada tanya iman.

Tuesday, April 26, 2011

Lack Of Ideas

0
Yup Lack Of Ideas. Sebab hati & otak pikir ghumah kat kampong jer hikhikhik eppy wo0o0 nak balik kg ^__________________________________^ x sabarnyer

Monday, April 25, 2011

Minda Melayang

0
Count down...4 days to go.Otak merayap ke kampung halaman. Ohhh..sungguh tak sabar..sumer barang dah siap beli(kiriman) dan siap packing jugak ^___^. Friday night bertolak pulang with my supir..opsss Mr Soulmate. Yeyeyey mr soulmate kena paksa bertolak on that night jugak sbb madam tak sabar nak jejak hometown. Sure ramai yang cuti kan..lalalala balik kg o0o0o0 balik kg...hahahah wendu kg halaman....and ahli keluarga :))

Saturday, April 23, 2011

Baju Raya @ Mines

0
Salam semua...

Sabtu  23 April 2011 jam 2.48am. Mata masih belum mengantuk, dah puas baring ,pusing-pusing, terlentang dan terkuak bagai namun mata ini masih segar..tadi layan TV sambil me-laundry kain baju 1 bakul besar. Insya Allah esok ke self-service laundry untuk keringkan kain baju yang dibasuh tadi. Banyak sesangat sebab selain cuci pakaian kerja ditambah dengan sarung tilam serta bantal dan juga selimut. Tudung-tudung yang bersidaian juga dicuci. 1 bakul besar sarat. 1 comforter juga. Bayangkan.

Sementara itu layan TV yang dipasang tanpa menonton sebab membalut 3 kotak. 1 kotak besar dan 2 kotak kecil.Recycle kotak dan muatkan barang-barang craft dan keperluan lain. Agak penat tapi enjoy ~,~. Wrapper tu saya beli di kedai RM2 dengan harga RM4 untuk 6 keping. Ya sangat-sangat murah. Nasib baik tak beli sewaktu berjalan kat Mines tadi. Jimat $$$

Di Mines tujuan asalnya masih mencari barang kiriman, tetapi sebaliknya pulak yang dibeli gara-gara tak jumpa barang yang dicari.Tension mencari barang orang, shopping barang sendiri ^_^.Hanya berjaya membeli 4 pasang kain pasang. Hehe sikit jer tu. 2 pasang untuk tuan punya badan dan 1 pasang untuk mak serta 1 pasang untuk adik.Insya Allah balik cuti Labour Day ini akan saya serahkan pada tailor saya sebab dia sudi untuk terima tempahan untuk baju raya yang akan kita rai akhir August 2011. Insya Allah jika masih panjang umur.So berkenaan kain tu biarlah saya rahsiakan dulu. Kan nanti dah tak surprise daaaa bila tayang kat sini *___^

Kain pasang tu saya beli di Tewah. Materialnya lembut dan selesa pada saya. Harap-harap sesuai dengan warna kulit yang agak sawo matang ni. Fikir nak buat baju kurung riau/pahang jer. Fesyen lelain kurang berkenan plak selain baju kurung pesak. Normally itu jer la fesyen baju saya. Heheh penuh kemelayuan gitu. 

Hmm tak tau nak bebel apa lagi..now tv masih on dengan citer Indon tadi dan skrang Na-o-me. Ulang tayang citer sama jer la pepagi buta ni. Oklah saya merayap kat alam maya sementara mata masih belum mengantuk.Thanks for reading this entry.

Thursday, April 21, 2011

Peria

0
credit to google

Ros Oh Ros

2
credit to preetyintown
Wearing this tudung today..sukerrrr...^____________________^

Wednesday, April 20, 2011

Dilema

0
Waduh dalam dilema betol. Budak rumah yang baru kahwin 3 bulan lepas nak pindah rumah ikut husband dia so rumah separuh kosong and ada 1 bilik kosong.Master bedroom lagik. Another one plak nak pindah end of next month sbb bulan 6 naik pelamin. Second room akan kosong. Tinggal berdua dengan budak sorang.This girl dah confirm lagi sama ada nak stay or nak pindah. Dia orang sini-sini jer so no big deal for her i guest klau dia nak chow. 

Aku??? ayakkk camner ni..haduhh nak pindah lagi? Tak larat #__# nak angkut barang..nak carik bilik and housemate yang sesuai..wallaweh tak larat..mr soulmate tak kasi pindah plak..hmm dia apa tau..tau cakap jer ^__#. Aku harap budak lagi sorang tak pindah and angkut kawan-kawan dia stay sini..aku tak naik pening.Amen..amen


Hujan

0
Waaa lebat giler hujan..berdentum guruh dilangit..mencurah-curah bagai air terjun O,o hikhikhik legaaa..sejokkk..nyaman...sure pakaian cik ahkak sumer lembap kan kekeke mesti mencik tang tu..tuan tanah tak mencuci hari ni so tak kisah sangat hehehe

Oh dah hujan sure lapar..tp nak makan apa yek...bosan makan nasi..hmmm bee hoon? No la..mee goreng? may b..kuih muih?only seri muka in my mind..hurmmm western? payah nak dapat kat sini..yang tak sedap ada lar...so? maggie? not good lor...sekali skaler ok laa baham maggie..roti? ada roti dalam peti ais tu takut berkulat jer hahaha kan tak pasal-pasal food poisoning ^_*

Lunch hour tadi jumpa one of my closest friend. Kasik hadiah ni kat dia, hope she like it. Kejap sesangat selain pass that thing kirim hadiah mintak dia kasi to another friend yang baru bersalin. Tak baru jugak laa..dah lepas pantang hihihh.Tuan tanah tak sempat dah nak melawat sebab this week gonna be hectic week lagi sebab still mencari barang yang dikirimkan. Ouch sure letih ya amat ~,~

Tok Aji Sreban a.k.a Seri Muka

2
Nak makan kuih ni....hurmmm craving of sweet traditional dishes laaa :p~~~

Tuesday, April 19, 2011

Halva Pistachios

0
Agaknya camner rasanya ek? Tak pernah try..jakunnya hakuuu  logiknya klau dah halva/halwa in malay sure manis kan..kacang pistachios tu dah biasa makan..so tak la weird..cuma halva ni jek lom penah masuk mulut lagik...nak try ar..jgn manis sangat udah..mau kering lak tekak nanti

google pic

pix from google 

Bento

2
Oh menarik ~,~ i love it <3. Klau yang dewasa boleh suka dengan bento ni kenapa tidak budak-budak kan? One of a good afford to attract children to eat and enjoy the meal =) Ok lets' take a look apa kata wiki  


Wikipedia:-
Bento is a single-portion takeout or home-packed meal common in Japanese cuisine. A traditional bento consists of rice, fish or meat, and one or more pickled or cooked vegetables, usually in a box-shaped container. Containers range from disposable mass produced to hand crafted lacquerware. Although bento are readily available in many places throughout Japan, including convenience stores, bento shops, train stations, and department stores, it is still common for Japanese homemakers to spend time and energy for their spouse, child, or themselves producing a carefully prepared lunch box.








Kat bawah ni bento moulds/mold, pelbagai bentuk so creative 





Nota Kaki:
Credit to google for all pictures 

Monday, April 18, 2011

Jagung Bakar @ Grill Corn

0
jagung bakar google pix
Petang-petang layan jagung bakar. Beli kat gerai belakang office. Boleh laa sedikit tawar for me.Mungkin kurang gula ditambah plak bukan jenis spesis jagung manis i guest. Apa-apa pon enjoy. Teringin nak makan jagung bakar + butter + gula merah + cinnamon powder + garam  sure meletop!!!! 

Tragedi Semalam & Kelmarin

0
Dah lunch semua? Tuan rumah tak lalu nak lunch ni ari sbb bosan ngan lauk pauk kat sini.Lauk sama jer camner laa tak bosan n nasi..nasi..nasi..nak gak tukau selera tapi tak banyak pilihan.Tak perlaa sabar..petang-petang sket cari makanan yang seswai klau perut dah berdentum.Bfast pagi tadi pon hot choc + oat 3 sudu. So far masih bertahan.

Penuhi janji entry sebelum ni. Ada 2 entry yang masih bersisa untuk direkodkan. Entry letih dan entry tadi. Mulakan dengan entry letih. Semalam nasib sungguh tak baik. Plan kuar rumah dalam 3pm tapi ada tragedi suspen melanda. Terkunci dalam bilik air. Mau sejam jugak terkurung dalam bilik air tu, dahla tak der orang, pada sapalah nak mintak tolong ni.Sampai naik kecut dah jari-jemari lama sangat bertapa dalam bilik air tu. 

Mula-mula mandi cam biasa jer..ntah camner time nak kuar tarik-tarik tombol x boleh..aishh habis..cuak..nasib baik tak panik..try2 godek pintu still jem! #___#. Jadi minah gyver jap, nasib baik cukup barang dalam bilik air tu..daripada berus gigi-->nut-->brooch-->dawai-->besi penyepit baju-->pemberus lidah-->berus sabut hah amik..semua den bantai..bertungkus-lumus korek tombol..nasib baik longgar sakit jari wo0o0 kopek pintu ni pastu ting tong sana sini..pulas sana sini Alhamdulillah terbukak pintu bilik air tu.Fuh lega ya amat *___* 

Tanpa buang masa siap-siap nak ke Mid Valley sebab nak carik barang sedara kirim + barang tuan punya badan.Pikir naik komuter jer sbb sure jam al-maklumlah ahad. So naik komuter kat Serdang Station..tunggu punya lama dekat 30 minit.Haishh sabar lagi. Dah dapat naik komuter yang jaraknya 4 stesen ke Mid Valley 1 1/2 jam  mak aiii .Mesti korang tak percayakan. O_O. Train lambat 1 hal. Pastu train tu rosak plak..jalan benti..jalan..byk benti daripada jalan. So tukar train kat BTS(Bandar Tasik Selatan). Punyala ramai manusia sbb semua dah stuck. Train baru plak reversed dekat-dekat 1 stesen la jugak sbb nak tukar track. Waduhhh...tunggu lagi. Alih-alih sampai Mid Valley 5.30pm. Ikut KTM ada kerja-kerja upgrade kat stesen Labu-->Seremban. Huh nasib tak baik betol..penuh gerabak tu cam sardin Cap Ayam Brand. 

Sebab dah lama sangat dalam train naik lapar perut ni. Pagi tadi sempat makan maggie untuk alas perut. Masuk ke dalam Mid Valley, terjah The Warung. Pekena Nasi Tumpang + Limau Ais dulu. Isi perut sebelum redah dalam tu.

Lepak sini before meal sampai

baru prasan ni iklan cabut bulu ;p

wallaweh..trafik ok jek..klau tau aku drive..chait!!

limau air pembasah tekak

tadaaa..the nasi tumpang

my nasi tumpang

layer 1 : gulai ayam

layer 2 : sambal telur + layer 3 : serunding daging

keropok + acar

wahhh leh jadi isteri solehah..lecen..lapor beb
Dah kenyang, melilaula dalam Mid Valley tu. Tak habis redah pon sebab aim mana-mana tempat yang perlu jer. Nak mencari barang kiriman. Malang lagi menimpa tadak plak barang tu. Redah Jaya Jusco + Metrojaya + CK + G2000 + Jeep + Giordano + Padini + Hush Puppies semua tak jumpa yang sesuai. Kaki tak yah cakaplaa letih giler. O.o nasib baik perut penuh. Fuh mengucap panjang. Tension mencari barang orang ni.


Sebelum tu dah rembat kasut yang digila-gilakan sebelum ni. Nasib baik sesangat. Still in stock klau tak mau meroyan lagi. ~,~
ada 2 kaler 1 grey
another 1 black
sebab dah fall in love habis..gilernyer tangkap cintan sebat dua-dua :))
Hilangkan penat cuci-cuci mata jap kat lobi tgk stage kosong ni. Ada fesyen show i guest tapi at that time notting. So i snap jek la the stage even kosong.



Ingatkan train prob tu dah settle tapi masya Allah..balik pon menunggu dalam 40 minit gitu sebelum dapat naik. Train sardin lagikkkkk...sumbat pon sumbat laaa..cuma agak sedikit selesa sebab ladies coach. 8.30pm sampai Serdang and terus drive balik rumah. Letih ya amat.Seriknya nak naik komuter ni..seswaila dengan namanya..kemut=kemutER. Letih mencari barang pon satu hal, payah betol nak jumpa. Dah jumpa tak nak itu ini plak..haishhh...kat mana plak nak redah ni..Ada 1 minggu jer lagi =( berjalan suka tapi tak suka habis masa mencari + habis  $$ ! 

Kelmarin plak yakni sabtu, redah Sogo cari barang yang sama nasib baik jumpa 1. So berbaloi la jugak. Pastu serang Jln TAR, kat sini sempat beli tudung ros RM20 tp bila diukur macam kecik sket size M i guest and ada beberapa barang lagi. Sebelum tu ke Maju Juction and KK Deco. Kat KK Deco tarik brg2 porcelain jer la..yang pasti best lagi KK Deco kat Nilai 3, dah la besar barang sure banyak lagi and senang nak memilih. Masuk Kamdar cari kain pasang nak buat baju raya tak plak berjumpa yang berkenan di hati, masuk plak Nagoya sama jugak. Agaknya sebab dah penat so minda tak boleh nak fokus pada corak kain. End up dinner makan nasi kukus ayam goreng berempah kat Jln TAR. Go back 8pm ++. Letihnyaaaa hujung minggu ni.

Terasa Atau Sensitif

1
Pagi-pagi dah melayan jiwa..ingat nak update about semalam punya itinerary, tapi nanti ptg-ptg sket..mood tak stabil plak this morning. Sebabnya terasa plak dengan keadaan.Terasa dengan keadaan camner la plak tu yer.Yerlaa ada good news sure dihebah-hebahkan dan dicongratekan right? Saya ni yang 'belum apa-apa' sendiri rasa tersentuh plak. Baru saya paham klau orang yang seangkatan macam saya ni rasa macam mana. Faham skarang..faham....

Untuk yang sekarang sedang berbahagia, Tahniah diucapkan! Saya tumpang gembira dan saya pun berdoa agar saya mampu bergembira macam anda semua jugak suatu hari nanti.Insya Allah mohon dipermudahkan olehNYA.Saya mahu bersangka baik denganNYA. Jauhkanlah hatiku ini daripada sangkaan yang sia-sia Ya Allah.Kau permudahkanlah semua urusanku didunia dan diakhirat.Mohon kekuatan daripadaMU.Amin.Away for a while cause my heart not really in good mood. Tenangkan jiwa dengan selawat syifa'.

Saturday, April 16, 2011

Letih

0
Baru balik daripada shopping @ KL.Perghhh letih beb!!! -____- Shopping barang orang bukan barang tuan punya badan.Tuan punya badan shopping sket jek. Tadi redah The Store Sri Petaling-->Sogo-->Maju Junction-->KK Deco--->Nagoya-->Jalan TAR-->Kamdar--->Home wallaweh letih kooo..Nanti tuan rumah update the details yer.Need rest.Absolutely exausted.Huah I need pillow.Suk may be ke Mid Valley + Mines plak. Huhuhu..nite

Yang Mana Satu

2
Yang mana satu nak terjah dulu? Mid Valley atau Jalan TAR? Klau ke Mid Valley nak rembat ini jek  dan klau ke Jalan TAR sah-sah nak borong ni...hmmm konpius @__# .Anyway ikut kaki jer la nanti..cuaca plak mendung jer..tadi hujan renyai-renyai..kuar lambat sket laaa..balik pon semestinya lambat..pastu terus ZzzzZZzzzz hikhikhik

Oh semalam klau korang perasan tak banyak entry yang masuk list. Sebab apa? sebab bizi ngedate ngan Mr Soulmate heeee ^__^ mood happy senyum sampai ke telinga wo0o0. Walaupun kejap jer jumpa but it's enough. Lebih daripada cukup huhuhuhu...oklah layan TV jap before siap-siap meronggeng.Tata

Friday, April 15, 2011

Rose

1
Misi rose akhirnya berjaya ^____^  RM25 + besar + grey color. Serius puas hati! Ingat weekend ni Insya Allah nak carik 1 atau 2 helai, may be black? coklat? atau apa-apa warna yang menarik. Terletak jer bila dipakaikan.Nanti tuan rumah try snap pic untuk tatapan semua ;p


Thursday, April 14, 2011

Jerawat & Kedudukannya

2
Semua mesti fobia ala-ala menyampah bila bercerita psal jerawat kan? Penyakit yang kerap kali menyerang remaja khususnya tp aku yang tak berapa nak remaja ni pun ada jerawat gak menci! =(. Saya pernah bercerita psal jerawat dan mitos2nya dulu. Sure ramai yang berpegang pada mitos tu, mitos turun menurun tanpa ilmu dan kajian. 

Ni lagi satu info yang berkaitan jerawat. Rasanya sudah dikaji kot sebab tu boleh dikeluarkan info ni. Malangnya sumber asalnya idok la plak diketahui kerana saya baca ni pun di forum. Mungkin ada kebenarannya. So klau salah satu info ini tepat pada anda, sila cek doktor untuk mengesahkannya. Saya tak bertanggung jawab hihiih cam nak lari jer..sekadar berkongsi maklumat bagi memeriahkan lagi dunia blog nie selain menambah ilmu. Kan nak jadi org knowledgeable ^___*

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan bad an, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran 
Nasihat :
Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak 

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi 

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah. 

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

Nota Kaki
aishhh aku adalah jerawat kat beberapa tempat ni..kebetulan plak aku ada penyakit yang menyokong kebenaran info ni...takotsss kena jumpa doc ker???? uwaaa =((

Extract Transform Load [ETL]

0
Salam semua reader...

Today i'm gonna share about ETL with u guys ^__^ pepagi kita blaja yer semua..otak masih fresh so it's good for learning session ~,~. Before this ahkak pernah bebel about ETL kan. Can click here for reference. This is as for my personal record yer so sesapa yang rasa tak berminat ahkak tak kisah. May be boleh melilau tgk lain-lain entry yang difikirkan sesuai ;) thanks sbb sudi singgah my blog yang tak seberapa ni.Sharing is caring tu konsep blog ni. Ilmu Allah terlalu banyak dan sangat-sangat berharga so sama-samalah kita berkongsi demi kebaikkan semua. Insya Allah.

ETL konsep

ETL(Extract Transform Load)
ETL adalah salah satu tools dalam Business Intelligence(BI). Ia adalah proses data yang mempunyai 3 konsep asas iaitu Extract yakni menarik data daripada pelbagai sumber data samada external atau internal. Seterusnya proses ke dua adalah Transform data tersebut. Daripada data asal disesuaikan mengikut penggunaan dan standard yang sesuai mengikut keperluan laporan atau permintaan. Peringkat terakhir adalah Load. Ia adalah peringkat yang melibatkan proses menukar data asal kepada data yang dikehendaki dan disimpan(sort) ke destinasi tertentu.ETL juga boleh dikatakan salah satu tools dalam kaedah migrasi data(data migration).

Berikut adalah senarai ETL Providers
Ia diklasifikasikan kepada commercial dan non-commercial  

Comercial ETL Tools:-
IBM Infosphere DataStage
Informatica PowerCenter
Oracle Warehouse Builder (OWB)
Oracle Data Integrator (ODI)
SAS ETL Studio
Business Objects Data Integrator(BODI)
Microsoft SQL Server Integration Services(SSIS)
Ab Initio

 
Freeware, open source ETL tools: -
Pentaho Data Integration (Kettle)
Talend Integrator Suite
CloverETL
Jasper ETL
PALO 

Tips memilih ETL Tools yang bersesuaian:-
Operating System(OS) yang menyokong ETL
Keupayaan tools untuk menampung data pada satu-satu masa
Jenis-jenis data source yang disokong 
Data format yang akan digunakan
ETL Tools berkonsepkan web-based atau desktop
User friendly
Ketetapan data
Keupayaan tools untuk menangani errors atau bugs 

Wednesday, April 13, 2011

Frust!

0
FRUST! Kasut tadak size..dah habis saiz yang seswai.Oh Tension! T___T Patern dah berkenan habis..flat..black color..A shape a.k.a design buaya ;p hmmm kena redah Mid Valley atau Jln TAR jer weekend ni..tapi tak semua tempat ada kasut ni..Mid Valley mmg confirm ada sbb pernah tgk...tapi klau nak lagi sure call dulu before terjah..hihihi bijak-bijak *__* always bijak

Tak per..sabau..ujung minggu ni serang!!!! hahaha misi baik punya..lalala lama giler tak p Jln TAR. Oh mau rabak...purse ku..menci!!! Harap-harap adalah size tu yer..sbb payah betol nak carik design & material yang sesuai dengan personaliti ku ini...cewahhhh. Doa byk2 ^___^

google pix..lebih kurang camni 

Template Design

2

Tak tahu laa apa sebab template ni tak kuar "Followers Widget". Menci betol! @__@  
Sebelum ni ok jer tak tau tetiba tak kuar!

Tips Pencegahan Jenayah : Ragut

0
R.A.G.U.T Oh Fobia! #_# Sebab ada pengalaman walaupun dah 9 thn berlalu. Serius! Fobia tu still melekit kat otak & minda ni..Now i'm wonder why people saman malu..saman sbb tekanan perasaan dan macam2 jenis saman lagi..ini kena FOBIA tu masih menebal! Tebal! Masih Tebal. 

Setiap kali mendengar deruman motor nak-nak klau bunyi tu dari belakang sah-sah saya akan berpaling atau pegang beg yang ada ditangan dengan lebih erat/kuat lagi. Penangan kena RAGUT ni kuat betol! Namum syukur Alhamdulillah saya selemat tanpa sebarang kecederaan. Klau boleh saya mahu melupakan peristiwa kena ragut ni. Tak mampula plak. Tetapi saya tak akan sesekali lupa pengajaran disebalik kejadian ni. 

Saya tak mahu berceloteh atau meratapi kes ragut ni, cuma mau berkongsi tips untuk mengelakkan diri daripada diragut. Tips ni sumbangan PDRM. Ini sebahagian sahaja, seelok-eloknya bacalah doa atau ayat-ayat suci al-quran sebagai pelindung diri sebaik keluar daripada rumah atau pejabat atau mana-mana sahaja. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita ketika diluar. Insya Allah.

TIPS ELAK PERAGUT

• Sentiasa membawa wang secara minima.

• Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.

• Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju.

• Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.

• Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.

• Berjalan secara bertentangan dengan arus lalu lintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan.

• Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain seperti di atas kaunter, bakul pasar dan sebagainya.

Fruit Juice

0
Dahla tak lunch, gatal mata & tangan p tengok photos juice. Actually nak cari resepi fruit juice alpokat tapi melencong ke lain plak. Aduss dapppnyer...tgk ni klau tak caya ;p~~~ cair ayaq liurrrrr..Malangnya umah sewa xder blender uwaaaaaa (-,-)

google pix

goolgle pix
Sah-sah dragon fruit aku nak sebat kat gerai-gerai tepi jln time balik kg nanti...sana mmg confirm ada buah naga ni..cuma avocado ni tgk nasib klau bernasib baik adalah kat gian tu eh silap giant..hurmmm kena make sure projek fruit juice menjadi..klau tak kempunan den!! Manyak khasiat wo0o0..selain anti-oksidan, anti kolestrol pon yer selain kaya ngan vit c untuk kulit dan juga jantung! Kan bagus tue ^_____^ mood berangan sambil hirup fruit juice

Business Intelligence

0
Wah O,o corporate bunyiknyer yer ala-ala keparat gituh hahaha.. bizi dik non..mencari detail infos about this BI. Actually mmg kerja-kerja den ada bersangkut paut dengan BI tapi tu la kata orang..buat kije dalam bidang tu..bila nak explain apa itu BI terkapai-kapai lak hehehe malu diri sendiri.I mean explaination in a proper way. 

So nak susun ayat-ayat tu kena la fahamkan bebtol apa itu BI and so on. Nowadays all of business people talking BI and how to make sure the biz getting bigger and bigger..growing process manjang menaik grafnya...so den nak jugak pastikan ilmu den ni tak statik..xmo la beku ala-ala frozen gitu..ok later on will share with you guys tentang Business Intelligence. Let me do my homework dulu..catch u later...thanx for reading this n3 ya! *___*

Lumrah Manusia

0
Salam & Selamat Pagi

Talking about lumrah manusia, memang tak boleh dipertikaikan.Terlalu Banyak! Namun dalam banyak-banyak lumrah semua manusia didunia ini semua org ingin menonjolkan KEHEBATAN. Samada kehebatan diri sendiri, anak-anak, suami, pekerja, bos, sedara mara, kenkawan dan macam-macam lagi. Ketika ini jugalah telinga yang menadah pendengaran kehebatan individu tersebut akan mula mengambil langkah bijak dengan 'mengaku' sebagai sedaralah..kawanla..anak beranaklaa.Dengan harapan terpalit laa aura KEHEBATAN individu yang diperkatakan kepada individu yang mengaku, secara tak langsung akan merasa dirinya juga GAH.

Tuesday, April 12, 2011

Hasil Duet

0
Duet mantap seperti yang dijanjikan....

pulut tanak...x koser la nak kukus..sbb tadak pengukus ;p
serawa doyan a.k.a durian kg maiii

Dan inilah hasilnya























YES!!! Serawa Pulut Durian :) 

Memang tak dinafikan harummmmmmmmmmmmmmm jek masak serawa tadi ;p~~~~ . Duk tahan-tahan tak lunch sebab nak menikmati serawa nie..perghhh tangkap leleh beb!!! menjilat pinggan sudu senduk bagai hahahaha..kena pastikan tadak yang meleleh...O,O membazir wo0o0o hikhikhiik
Alhamdulillah..kenyang sampai ke usus..dinner meal mkn serawa ok kan? klau tak O.K pon kena Ok.kan jugak sebab dah selamat masuk perut!! Molot pon berbau doyan lagik nie...brurrrrrr..Opssss over sudaaaa...enjoice guys..it's taste GREAT! Marbelesssss d^__^b





Indon?

0
keep track my visitors

Whopsssss!! O_O nape ramai indon lak ni..haishhh pelik2x..moskil ~...~
 

Duet Mantap!

0
Tak lunch sebab petang ni aku nak makan gabungan
2 benda ni


pinjam gamboo...pulut sapa ntah..doyan en google

So tunggu ok..klau menjadi syiokkkknyer...mau senyum sampai rabik molot wakakaak
;p~~~~

Daya Ingatan

0
Tuan tanah duk mengomel psal ingatan tadik, hah ni amik korang baca klau otak korang skarang sama prob ngan tuan tanah hikhikhik. Jangan nak tipu aku, tau ingatan korang makin lemah klau compare ngan zaman-zaman sekolah dulu..makin berumur makin selow ingatan so jangan nak prasan muder ;p synapse dan neurotransmitter korang dah kurang tuuu T____T

Melalui info-info yang aku baca about memory ni, aku klasifikasikan kepada 3 bahagian iaitu aktiviti, pemakanan dan perkara yang perlu dielakkan.

Aktiviti yang membantu memperkuatkan ingatan:-
Intrinsic
  • Membaca Al-Quran
  • Mengamalkan membaca doa sebelum memulakan sesuatu
  • Berpuasa

* Amalan berpuasa dan membaca al-quran adalah terapi jiwa yang terbaik. Ini kerana dikala perut lapar minda lebih kuat 'menyerap' segala ilmu dan al-quran mampu mengasah minda untuk lebih tajam. Amalan doa semesti satu kewajipan, memulakan sesuatu dengan memohon daripada Allah bagi mendapatkan keberkatan.

Extrinsic
  • Tidur yang cukup
  • Membaca berulangkali
  • Bermain puzzle/sudoku
Pemakanan
  • Madu
  • Kismis
  • Kurma 
  • Susu Kambing
  • Soya
  • Habbatus Sauda
  • Kopi
  • Sayuran Hijau
  • Minyak Ikan(sumber omega3)
  • Kacang Soya
  • Gingko
  • Rosemary/Sage
  • Kunyah Gula-Gula Getah
  • Pengambila Vitamin B/Niasin/B3/B6 
* amalkan pemakanan sunnah adalah yang terbaik kerana ia termaktub dalam al-quran & hadith 

Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan

  • Makan Organ Dalaman(hati/paru/jantung/limfa)
  • Makan Kepala Ikan
  • Melihat Maksiat/Kemungkaran
  • Melakukan Maksiat/Kemungkaran
  • Melakukan Perkara Lagha

Lemah Daya Ingatan?

0
Salam Semua..

Dah nak tengahari ek..kejapnya masa berjalan. Ni pun dah masuk minggu ke-2 April 2011 yakni -suku kedua tahun ni. Umur pula dari hari ke hari kian 'jauh' dan kubur pulak makin dekat -___-

Lately otak ni kurang cerdas plak, apa yang dibaca payah betul nak lekat dalam paler otak ni. Agaknya nak kena paku ker? ouch tak sanggup nak paku kelapa hikhikhik yerlaa sekali baca nak-nak yang fakta tu mak aii punyala payah nak ingat berapa nak kena baca ni??Hmm tak sukanyaaa..zaman sek dulu rasanya ingatan tak la seteruk skarang...agaknya apa yang tak kena yer? Nak kena siasat nie...let me check dulu...apa yang tak kena ni..otak ku dah senget ke?   hahaha

Monday, April 11, 2011

Jagalah Buah Pinggang Anda

2
Rentetan kes warded. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas kenalah bertanyakan pada Doc Google. Credit to http://www.mestiambiltahu.com/ info yang cukup untuk aku memahami keadaan sebenar tentang buah pinggang akibat diabetes. 

Oleh Dato' Dr Zaki Morad bin Mohd Zaher
Pakar Runding Kanan Nefrologi


Apa yang berlaku pada buah pinggang anda disebabkan diabetes
Darah anda dibersihkan oleh buah pinggang anda. Bahan-bahan sisa buangan dan cecair akan ditapis keluar, membentuk urin, yang akan disalur keluar melalui pundi kencing. Sekiranya buah pinggang anda rosak, fungsi penting ini tidak dapat dilakukan dan ianya akan mengakibatkan anda menjadi lesu atau kadang-kala membawa maut.

Apabila anda mula mendapat diabetes, buah pinggang anda mungkin akan membesar dan mula mengeluarkan bahan-bahan sisa buangan dengan cepatnya dari badan. Ini berlaku kerana terdapat banyak glukosa yang memasuki buah pinggang dan menyebabkan banyaknya air dikeluarkan dan seterusnya mengakibatkan tekanan di dalam buah pinggang anda meningkat. Ini boleh menyebabkan membren dan struktur buah pinggang menjadi tebal dan selepas satu jangka masa, buah pinggang anda akan tidak boleh menapis darah sebanyak seperti dahulu. Apabila buah pinggang anda mula kehilangan keupayaan untuk menapis, cecair dan bahan sisa buangan akan mula berkumpul di dalam darah dan meningkat ke tahap yang membahayakan.

Ramai di antara mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang tidak sedar bahawa mereka mempunyai masalah sehingga fungsi buah pinggang mereka menurun kepada kurang 25% daripada kapasiti normal. Pada tahap akhir penyakit, fungsi buah pinggang adalah kurang daripada 10% daripada kapasiti normal. Pada ketika itu, buah pinggang anda tidak lagi boleh mengekalkan hayat dan anda terpaksa menjalani rawatan dialisis ataupun pemindahan buah pinggang untuk terus hidup.

Secara amnya, lebih kurang 30-40% pesakit diabetes yang mempunyai penyakit buah pinggang disebabkan diabetes (nefropati diabetes) akhirnya akan mengalami kegagalan buah pinggang. Kebiasaannya ia mengambil masa selama 10 hingga 20 tahun dari masa penyakit diabetes bermula. Tetapi, jangkamasa untuk buah pinggang anda gagal dari berfungsi boleh dikatakan akan menjadi singkat jika anda terlambat membuat pengesahan bahawa anda ada menghidapi penyakit diabetes. Oleh itu, adalah penting untuk anda melakukan pemeriksaan secara kerap untuk mengesan penyakit diabetes seawal yang boleh dan ambil langkah-langkah pencegahan yang sebaik-baiknya.

Dialisis buah pinggang
Diabetes mellitus, terutama jika disertakan dengan tekanan darah tinggi dan juga menghisap rokok, adalah sebab utama berlakunya penyakit buah pinggang (nefropati diabetes) di kebanyakan negara. Di Malaysia sebanyak 51% kes-kes baru yang diterima untuk dialisis pada tahun 2004 adalah dikalangan pesakit diabetes.

Dialisis adalah satu rawatan perubatan untuk mengeluarkan bahan sisa buangan badan secara terus dari darah bagi mereka yang gagal fungsi buah pinggang. Dialisis akan akan hanya dapat menggantikan sebahagian daripada fungsi buah pinggang yang tidak lagi berfungsi. Terdapat 2 jenis dialisis; iaitu hemodialisis dan peritoneal dialisis.

Hemodialisis adalah sejenis dialisis yang menggunakan satu mesin buah pinggang tiruan (mesin dialisis) untuk membuangkan cecair dan bahan sisa buangan dari aliran darah. Dialisis peritoneal pula berasaskan satu tiub yang dimasukkan ke dalam rongga badan yang juga terletaknya perut, hati dan usus-usus, yang dipanggil kaviti peritoneal. Cecair dalam kuantiti yang banyak akan di alirkan ke dalam kaviti ini dan ia akan mengeluarkan sisa buangan melalui cecair yang mengalir balik ke luar daripada kaviti. Dialisis peritoneal selalunya di lakukan di rumah pada setiap hari.

Oleh kerana rawatan dialisis diperlukan secara kerap, maka ia biasanya akan menjadi beban kewangan kepada kebanyakan mereka yang memerlukannya. Kos untuk setiap sesi hemodialisis di klinik atau hospital swasta adalah dalam lingkungan RM100 ke RM300. Oleh kerana pesakit diabetes mungkin memerlukan tiga sesi seminggu, maka ia boleh menyebabkan anda berbelanja sehingga RM600 seminggu!

Anda sememangnya tidak patut menanggung beban yang seberat ini. Walaupun anda mempunyai diabetes, anda boleh mengelak atau melewatkan berlakunya kegagalan buah pinggang dengan berusaha untuk menjaga diri anda dan penyakit diabetes anda dengan baik.
 

Anda boleh mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes dengan: 

Mengawal tahap glukosa darah anda.
Anda harus pastikan sebaik mungkin tahap glukosa darah anda berada di tahap yang disyorkan iaitu antara 3.8 hingga 6.1 mmol/L semasa berpuasa dan tidak lebih dari 7.8 mmol/L selepas makan. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kawalan glukosa darah yang baik dapat menurunkan risiko untuk mendapat penyakit buah pinggang disebabkan diabetes ataupun sekurang-kurangnya mengelakkannya daripada menjadi lebih teruk. Oleh itu, adalah amat baik jika anda mula berusaha untuk memakan secara sederhana dan teratur, mengawal pengambilan karbohidrat, melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Penjagan diabetes yang baik juga termasuklah mengambil ubat-ubatan mengikut peraturan (sekiranya dipreskripsi oleh doktor), memantau tahap glukosa darah setiap hari di rumah dan kerap berjumpa dengan doktor anda. 
 
Mengawal tekanan darah anda
Adalah disarankan bahawa pesakit-pesakit diabetes mestilah sentiasa mengekal tekanan darah mereka di bawah tahap 130 mmHg sistolik (bahagian atas) dan rendah daripada 80 mmHg diastolik (bahagian bawah) . Ini mungkin agak sukar untuk dicapai dan anda mungkin memerlukan lebih daripada satu ubat tekanan darah. Adalah penting untuk tekanan darah anda dikawal secara ketatnya. Tekanan darah pada paras yang tinggi boleh mempercepatkan terjadinya penyakit buah pinggang diabetes anda dan (jika ianya telah wujud) akan mengakibatkannya menjadi lebih teruk. 

Pengesanan awal untuk penyakit buah pinggang disebabkan diabetes
Sekiranya anda sudah mempunyai penyakit buah pinggang, protein darah mungkin akan tertumpah ke dalam urin. Kehadiran protein dalam kuantiti yang banyak dalam urin (satu petanda lewat nefropati diabetes) boleh dikesan dengan satu ujian ringkas dengan mencelup stik pengesan ke dalam urin. Tetapi pengesanan untuk protein yang sedikit di dalam urin (mikroalbumin) - satu petanda awal kerosakan buah pinggang disebabkan diabetes- memerlukan ujian yang khas. Kehadiran mikroalbumin atau protein dalam urin menunjukkan buah pinggang anda telah rosak. Ini akan memberi amaran kepada doktor anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan penyakit buah pinggang anda daripada menjadi lebih teruk.

Mengambil ubat-ubatan anda mengikut peraturan
Tambahan kepada pengambilan ubat untuk mengawal diabetes (dan mungkin juga untuk tahap lipid anda), anda juga perlu mengambil ubat anti-hipertensi untuk mengekalkan tekanan darah anda di bawah tahap 130/80 mmHg. Ubat-ubat daripada kumpulan Perencat Enzim Penukar Angiotensin (ACEI) ataupun Penghalang Reseptor Angiotensin (ARB) bukan sahaja dapat merendahkan tekanan darah anda, tetapi juga dapat melindungi buah pinggang anda dengan merendahkan tekanan didalam glomeruli. Oleh demikian, ia akan membantu mengurangkan risiko kematian disebabkan nefropati diabetes dan juga dapat mengurangkan keperluan untuk dialisis ataupun pemindahan buah pinggang.

Berhenti merokok
Merokok adalah membahayakan untuk apa jua keadaan sekalipun. Merokok akan mempercepatkan proses pembentukan penyakit buah pinggang dan oleh sebab itu adalah lebih baik jika anda tidak merokok. Kehidupan boleh menjadi sukar apabila buah pinggang anda telah rosak. Diabetes bukan sahaja mengancam buah pinggang anda, tetapi juga organ-organ lain seperti jantung dan mata anda. Berita baiknya ialah, anda boleh mengelakkannya atau melewatkan komplikasi-komplikasi diabetes ini daripada berlaku. Maka, ambillah langkah pertama hari ini jua untuk melindungi buah pinggang anda dengan mengamalkan pengurusan diabetes yang baik. Anda berkuasa untuk mengelakkan penyakit buah pinggang yang disebabkan diabetes anda dan sebaliknya dapat menikmati kehidupan dengan sepenuhnya, walaupun anda menghidapi diabetes.

Selawat Syifa'

0
Baca doa penerang hati dulu sebelum menghafal selawat ni..jum baca doa 


Jum berselawat..terapi al-quran untuk jiwa sekiranya dalam kesakitan samada ditimpa penyakit atau untuk ibu-ibu yang nak bersalin pun boleh ^__^ diamalkan..Insya Allah..Hanya DIA yang mampu menyembuhkan dan meringankan kesakitan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers