R.A.G.U.T Oh Fobia! #_# Sebab ada pengalaman walaupun dah 9 thn berlalu. Serius! Fobia tu still melekit kat otak & minda ni..Now i'm wonder why people saman malu..saman sbb tekanan perasaan dan macam2 jenis saman lagi..ini kena FOBIA tu masih menebal! Tebal! Masih Tebal.
Setiap kali mendengar deruman motor nak-nak klau bunyi tu dari belakang sah-sah saya akan berpaling atau pegang beg yang ada ditangan dengan lebih erat/kuat lagi. Penangan kena RAGUT ni kuat betol! Namum syukur Alhamdulillah saya selemat tanpa sebarang kecederaan. Klau boleh saya mahu melupakan peristiwa kena ragut ni. Tak mampula plak. Tetapi saya tak akan sesekali lupa pengajaran disebalik kejadian ni.
Saya tak mahu berceloteh atau meratapi kes ragut ni, cuma mau berkongsi tips untuk mengelakkan diri daripada diragut. Tips ni sumbangan PDRM. Ini sebahagian sahaja, seelok-eloknya bacalah doa atau ayat-ayat suci al-quran sebagai pelindung diri sebaik keluar daripada rumah atau pejabat atau mana-mana sahaja. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati kita ketika diluar. Insya Allah.
TIPS ELAK PERAGUT
• Sentiasa membawa wang secara minima.
• Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
• Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju.
• Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
• Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
• Berjalan secara bertentangan dengan arus lalu lintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan.
• Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain seperti di atas kaunter, bakul pasar dan sebagainya.
Labels:
Info

0 comments:
Post a Comment