Quote Of The Day

Thursday, March 31, 2011

Meeting @ Putrajaya

0
Wow!!! Nak sambung maintenance contract saje tp jadi sesi presentation la plak hahaha.Kenapa? Sebab tak get involve from the start so kenalah make it clear. Anyway hopefully takder yang 'pelik-pelik' nanti.

Wednesday, March 30, 2011

Bengkak Rahim

3
Bengkak Rahim..takut jugak dengar istilah yang melibatkan organ-organ dalaman ni. Aku still mencari infos abt this istilah tapi tak jumpa yang complete. Beberapa bulan lepas..means akhir tahun lepas jugak la..aku tergeliat urat so gi la berurut kat sorang makcik ni. Ya Allah sakit ya amat! Tapi sangat-sangat lega pas berurut tu, before berurut dia urut perut aku dulu and makcik tu cakap rahim aku belah kiri bengkak. O_O Hmmm terkedu pun ada. Sejak itu aku try cari info. 

Banyak sebab jugak yang menjadikan rahim tu bengkak. Salah satunya sbb nak period so rahim akan mengembang. Sebab-sebab lain:-
  • ketumbuhan(fibroid/cyst/polyps)
  • hubungan seks
  • mengandung
  • kanser
Aku suspect period, so no need to worry. Selain sbb period byk lagi symptom-sympton yang perlu diambil kira like bleeding, long period, keputihan and etc. Apa-apa pun should i see gynea? takot ~_~


Now aku dapat rasa kebengkakan rahim tu, as usual left side.Hmmm aku tawakkal pada yang ESA. Harap-harap it's normal for me.Insya Allah.

Farewell Lunch

0
thanks and bubbye
Agenda 'makan-makan' at Ikan Bakar Jalan Bellamy Restaurant.'farewell lunch' ni untuk celebrate one of my colleague.To Mr ****** Thanks for everything and best of luck at your new place. Don't forget us.

nota kaki:-
kenyang giler..mkn pari bakar, cencaru bakar, terubuk bakar, talapia bakar..aku minum air jagung.Alhamdulillah 

Tuesday, March 29, 2011

Pembaziran

0
Syed Qutb rahimahullahu-Taala Tafsirnya (Fi Dzilalil- Quran) menjelaskan bahawa Ibnu Mashud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah Subhanahu Wataala)

Ini bermakna walaupun sedikit sekali yang kita belanjakan, jika bukan kepada tempatnya yang wajar, maka ia tetap dikira sebagai membazir. Tidaklah semestinya banyak atau sedikit itu semata-mata menjadi ukuran kepada perkiraan membazir atau tidak membazir dalam sesuatu perbelanjaan, tetapi keutamaan yang diambil kira ialah tempat dan dimana ia dibelanjakan

Oleh yang demikian maka konsep langkah berjimat cermat dan tidak membazir yang sebenarnya kepada orang Islam itu ialah mengawal perbelanjaan supaya tidak dikeluarkannya kepada perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh syara’. Kalau ini tidak dijaga dan dicegahnya percayalah pembaziran ini akan terus berlaku, dan langkah ke arah jimat cermat yang diharapkan itu tidak akan memberikan apa-apa erti lagi.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud;"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”Surah al-Nisaa’ ayat 26-27


Nota Kaki:
Fikir-fikirkanlah banyak mana dah kita membazir. Dan untuk kaum hawa berhentilah shopping yang tidak berkepentingan,hayati pesanan dan amaran yang ESA, kerana setiap harta yang dibelanjakan akan dihitung kelak.Berbelanjalah pada 'Jalan Allah''.Insya Allah akan mendapat barakah dan keberkatan.

Monday, March 28, 2011

This is NOT hijab

0

 

Attention Seeker

0
  1. Apa yang anda faham dengan istilah "Attention Seeker"?
  2. Apakah sifat-sifat Attention Seeker? 
  3. Bagaimana korang berhadapan dengan Attention Seeker?
Sebelum merungkai persoalan diatas, aku nak citer about someone yang Attention Seeker ni. Aku hide-kan identitynya sbb bila tutup aib orang Allah akan tutup aib kita right? Bagi aku this type of person sememangnya mengganggu orang-orang disekelilingnya termasuk aku. Ada sahaja aksi dan atttitude yang ditonjolkan x taula samada sengaja atau tidak disengajakan tetapi klau dah seeking for attention sure sengaja kan? mengganggu privacy dan mencemarkan keadaan. Rimas wo0o0 rimas! Sometimes terjegil jugak mata & telinga O.O bila ntah apa-apa punya gangguan hadir tatkala kita concentrate dengan tugas. Nak marah ada, naik menyampah ada tapi SABAR jerlaa takut nanti ditegur terasa pula tp klau tak ditegur kita yang merana.

Aksi-aksi kebiasaan individu yang mengalami masalah ini adalah mengetuk meja, mundar-mandir dengan aksi kuda laut, hantu cina, bermain guitar, jamming, berjalan dengan menghentakkan kaki, gelak tawa yang dibuat-buat dan bermacam-macam lagi. Kesian memang kesian, tetapi i don't know how and why this happen. Almost everyday rasa terganggu klau he is here. Ker aku jer terlebih menyampah? Oh harap-harap hati ini tidak sebegitu, if possible aku nak ignore jer tapi tak boleh.Nape yer?

Menjawab soalan diatas sila fahamkan yer.
  1. The term attention seeking (or attention-seeking) is generally reserved for such situations where excessive and "inappropriate attention seeking" is seen
  2. Extroverted positive overt style – associated with narcissism, bragging and boasting. May also include shocking exhibitionist behavior such as streaking.
    Extroverted positive subdued style – similar but more subtle such as wearing designer clothes, wearing sexy clothes or dominating the conversation.
    Extroverted negative overt style – to gain pity and reassurance.
    Extroverted negative subdued style – making a negative statement to the world by, for example, dressing in an unusual style.
  3. Ignoring, Patient, Give an attention





Helikopter

0
Masya Allah kerap betul bermimpi dan mimpinya plak yang agak luar daripada kebiasaan. -___- sampaikan subuh jam 7.30 am haishhh teruk betol! manjang terlajak a.k.a subuh dinasor. Kali ni saya bermimpi menyertai rombongan, tetiba boleh plak saya follow rombongan lain dalam 2-3 org dan naik helikopter.Helikopter tu muat 5 orang dan saya org yang last naik.Semua lelaki kecuali saya dan ada seorang budak.Keadaan dikelilingi dengan air looked like cam laut pun ader

Rombongan tu nampak macam ke kilang jepun, sbb nampak 2 orang like japanese siap ber-coat bagai dan kecik jek orangnya. Apa punya mimpi daaa...cek-cek kat internet ni tafsirannya.

janji ada wording 'helikopter' boleh ker terima?

Sunday, March 27, 2011

Car Wash

2
Lama betul rasanya Katak Emas saya tu tak dimandikan.Walaupun kategori 2 alam bkn citer Dr Romzey tu tau namun rutin mandi-mandi tu wajib jika badannya dah kotor sangat atau mata saya sakit bila nak pandangnya.Memandangkan today and yesterday sangat-sangat cerah plus panas terlampau sampai berair mata pandang langit maka inilah waktu terbaik nak membasahkan katakku itu ~,~ yeaa sure best kena mandikan right? 

Kebiasaannya katak saya dimandikan kat Rhythm Studio Car Wash  tapi ari ni saja nak try another place plak. Citer psal Rhythm Studio Car Wash tu fuhhh sangat puas hati. Service Tip Top! O,O bersih tak yah cakaplah, cepat pun yer melainkan banyak sangat keta yang duk Q. Full fill my standard laa bak kata omputeh  .I give U 4*(star) out of 5. 

Ok back to the new car wash place ni hurmmm boleeee larrrr biasa-biasa jer. Nama kedainya SHINE Car Care Services & Accessories. Tapi idoklah shinning bebenor katakku itu :-| hmm beza RM1 jer dengan Rhythm Studio Car Wash tu, nak sedapkan hati janji BERSIH + WANGI wangi tu sbb i sembur febreze tadi hikhikhik 

Bila dah bersih, sejuk mata memandang, mendamaikan dan menggambarkan keperibadian sesorang jugak.Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim) dan “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar). 

Bukan sahaja bersih pada lahiriah tetapi batiniah juga perlu bersih sebersihnya. Insya Allah itulah hamba yang dicintaiNYA.


Indahnya Islam

0
Quote yang sangat-sangat menarik dan penuh makna

"ISLAM hadir untuk mengatur hidup manusia , bukannya manusia mengatur hukum ISLAM sesuai dengan kehidupannya"

Berapa ramai manusia yang menyesuaikan hukum Islam dengan kehidupannya? Adakah anda termasuk juga saya terjerumus ke dalam golongan ini? Tepuk dada tanya Iman. -_____-

Merajuk

0
Merajuk ni biasanya sinonim dengan gadis-gadis gediks yang sedang hangat bercintan cintun ala-ala mee maggi cintan atau boleh dibariskan seangkatan dengan PEREMPUAN. Peel biasa untuk perempuan rasanya untuk menarik PERHATIAN. Am I right girls? If u are disagree with me, mean u cheat yourself! Hahah nak salahkan org plak sbb tak setuju dengan statement ku kui3x  Yang setuju sila angkat keyboard atau kaki anda ok

Ini tafsiran mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka DBP oh lama sungguh tak belek-belek kamus, rindu baca kamus plak *__^ 

merajuk menunjukkan rasa tidak suka (spt tidak mahu bercakap, tidak mahu berkawan dll). 

merajuk 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu dijemput kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin);

Persoalan kat sini, siapa yang merajuk? Saya?! Oh No not me ok jeng jeng jeng O,o haishhh agak-agak sapa ek? Saya tak nak reveal sebab saya nak reader teka keh keh @__^


cdt to google
 
 

Kuliah Pagi + Mimpi

0
Bermimpi lagi...ceritanya saya bermimpi psal banjir lumpur cam tsunami gitu dan ada baby lagi. Ikut tafsiran dangkal saya ni it's all about rezeki right? Klau benar Alhamdulillah, klau sebaliknya saya redha. Apa-apa pun saya hampir lemas dalam mimpi tu, sukar bernafas. Seolah-olah benar-benar terjadi. Nauzubillahiminzalik.

Dah 2 hari berturut-turut saya tonton rancangan "Tanyalah Ustaz" di TV9. Tajuknya "Harta Bukan Hak" dan pengulasnnya Ustaz Ghazali Ibrahim adik arwah ustaz asri rabbani. Ada 3 bahagian dan bahagian 1 saya sempat tonton pada sesi ulangan jam 12 malam. Bahagian ke-2 dan ke-3 ini saya sempat  tonton pada hujung minggu ni.Alhamdulillah.

MasyaAllah, sangat2 best! Banyak persoalan yang dilontarkan oleh para pendengar memberikan kefahaman kepada saya tentang pengurusan harta mcmla byk sgt hartaku..insya Allah pada masa-masa akan datang sapa tau kan ketika kita masih bernyawa. Satu soalan yang mencuit hati saya "Apakah cara yang paling afdhal dalam pembahagian harta? faraid atau kesamarataan?" ustaz menjawab "Lebih afdhal jika tidak bergaduh sesama sendiri" bernaskan? ^___^

Ustaz Ghazali Ibrahim ni tuan punya MGI Vision Sdn Bhd dan pakar dalam bab-bab pengurusan harta pusaka. Boleh terjah http://tuliswasiat.com untuk rujukan.Terima Kasih Ustaz ~_~


Saturday, March 26, 2011

Yang Mana Satu?

0
mana satu ek..ni untuk watermark

Earth Hour

0
earth hour logo
To support earth hour campaign, do turn off unnecessary lights and other electrical appliances for one hour on March 26, 2011 from 8:30 p.m. to 9:30 p.m (today's night). Pasang lilin ok tak? -__-

Malaysia Suicide Hotlines

0
To avoid any critical case like this, do refer below list of contact. If you have any emotional problems and need counseling session,do not hesitate to contact Malaysia Suicide Hotlines . For Muslim, al-quran is the best companion and reference to guide us, keep reading it, Insya Allah you will more closer to HIM.

Befrienders Malacca
Peti Suraj No. PS245
Pejalat Pos
Besar Melaka
75100
MELAKA
Contact by: Face to Face - Phone
Hotline: (06) 284 2500

Befrienders Penang
104-1A Mewah Court
Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim
11600
PULAU PINANG
Contact by: Face to Face - Phone - E-mail:
Hotline: (04) 281 5161
Hotline: (04) 281 1108
Website: befpen.org
E-mail Helpline: pat@befpen.org
Hours:
Sat, Sun: 17:00 - 23:00

The Befrienders Kuala Lumpur
95 Jalan Templer
Petaling Jaya
46000
SELANGOR DARUL EHSAN
Contact by: Face to Face - Phone - Letter: - E-mail:
Hotline: (03) 7956 8144
Hotline: (03) 7956 8145
Website: befrienders.org.my/
E-mail Helpline: sam@befrienders.org.my
Hours:
Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri, Sat, Sun: 00:00 - 23:00

Befrienders Ipoh
Peti Surat 413
Ipon
30750
PERAK
Contact by: Face to Face - Phone
Hotline: (05) 547 7933
Hotline: (05) 547 7599

Befrienders Seremban
Seremban
Contact by: - Phone
Hotline: 06 7653588
Hotline: 06 7653589
Hours:
Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri: 19:00 - 22:00

Lifeline Association of Malaysia
71-2nd Floor, Jin Jejaka 2
55100
TMN MALURI
Contact by: Face to Face - Phone
Hotline: (063) 92850039
Hotline: (063) 92850279
Hotline: (063) 92850049

Mimpi

0
Ntah camner ptg tadi balik dari office, layan tv and on Lappy sambil-sambil landing terlelap maybe around 7.00pm sampai 9.30pm masya Allah terlepas maghrib.Kelam kabut mandi,solat isya' dan qadar maghrib.

Jarang sesangat rasanya tahun ni 1st time  aku tidur lepas asar. Yang musykil lena plak tu aku tidur, siap mimpi lagi.Mimpi aku pregnant dan budak office cakap besar lagi perut aku tu.Erkkkk tu yang membuatkan aku tersedar.

Selongkar internet jumpa macam-macam jawapan yang tidak diketahui kesahihannya. Aku bukannya nak fikir berat sangat pun sbb kriteria mimpi itu sendiri perlu diambil kira.Macam masa tidur, persediaan sebelum tidur dan mungkin juga fikiran kita sebelum tidur.Yerlaa sebab tadi kat office, colleague aku bercerita psal kandungan dorang 2 org colleague aku yang pregnant so mungkin jugak itu mempengaruhi mimpi aku tadi right?

Ni jawapan yang aku jumpa, walau apa pun tafsirannya aku redha jer sbb semua tu ada hikmah. sejajar dengan firman Allah s.w.t “Sesungguhnya ALLAH menjadi sesuatu itu tidak sia-sia melainkan ada hikmahnya”
 


Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri.Mati Sesat?

0
Rentetan kes bunuh diri di KB Mall semalam :


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” - Riwayat Abu Hurairah

Nauzubillahiminzalik...
Lately macam menjadi trend plak di Malaysia, pendek akal! Ada problem, BUNUH DIRI, itu bukan penyelesaian tetapi lebih mengundang kepada pelbagai masalah.Kenapa membunuh diri? Apa-apa pun alasannya mencabut nyawa sendiri bukan hak kita sebagai hambaNYA. Mana-mana agama sekali pun tidak 'menghalalkan' bunuh diri ni.Pokok pangkalnya, IMAN mesti ada.Mantapkan iman..carilah ilmu agama, dalami dan fahami serta beramallah dengannya.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).

Jauhkanlah aku, keluargaku dan keturunanku daripada membunuh diri.Amin ya rabbal-alamin.

Thursday, March 24, 2011

Oh Maggi

0
Teringin nak makan maggie kari..rasanya lama giler aku tak makan maggie nie...otter-otter sket perencahnya dan tambahkan seafood like udang or sotong sure meletop!!! jgn periuk plak yang meletop.Bagi yang gemar pedas taruk cili padi potong fuh berasap =p~~~ 

maggie perencah kari is always my fav ~,~
Bagi penggemar maggi, jangan tau makan jer.Let's read the history of maggi in Malaysia.

"Nestlé's commitment to providing quality products to Malaysians dates back more than 90 years ago. Nestlé began in Malaysia in 1912 as the Anglo-Swiss Condensed Milk Company in Penang and later, growth and expansion made a move to Kuala Lumpur necessary in 1939.

Since 1962, with its first factory in Petaling Jaya, Nestlé Malaysia now manufactures its products in 7 factories and operates from its head office in Mutiara Damansara, and 6 sales offices nationwide.

The Company was publicly listed on the KLSE on 13 December, 1989. Today, the Company employs 5000 people and manufactures as well as markets more than 300 Halal products in Malaysia. Its brand name such has MILO, NESCAFÉ, MAGGI, NESPRAY and KIT KAT have become trusted household names and enjoyed for generations."

Insomniac Effect

0
Because of Insomniac Effect semalam maka ni la kesannya P.E.N.I.N.G + rasa nak tumbang jer.After subuh baru boleh lelap.Nap for 2 hours, can u imagine how i feel? like zombie i guest tapi still kuatkan semangat untuk bekerja. Have to sbb working itu salah satu amanah. 

from google

Eastern and Oriental Express

0
 

Confirm ramai yang tak tahu tentang Oriental Express. Saya tahu pun through mr soulmate dah lama diberitahu tapi ni baru berpeluang untuk share  dan semestinya ia sangat menarik. Eastern and Oriental Express is a luxury long-distance passenger train service dari Singapore-Thailand(Bangkok) untuk classic journey or vice versa.Dah nama pun mewah sure farenya jugak boleh membuatkan mata anda buntang O,O serendah US$2,320 - US$4,770 (klau times 3 around RM6,960-RM14,310 jer huh giler betul)

Tapi dont worry ada jugak ditawarkan package yang menarik dan klau yang berminat untuk travel South-East Asia Oriental Express ini boleh bawa korang sumer sampai ke Laos sana.Klau trip ni tak tau la plak berapa ongkosnya sbb kena contact dorang for details. Yang pasti mau puluh ribu $$ yang akan terbang.

Dah nama pun luxury,bkn cabin cikai tp ada 3 category cabin iaitu Pullman, State and Presidential yang sangat-sangat cantik klau ditgk pada photonyer laaa sbb aku pon mana pernah masuk  Kemudahan lain as usual ada dining & bar, boutique and observation car.


Wallaweh mmg mewah giler la train ni, sesapa yang berminat boleh wat online booking kat sini




Credit to orient-express.com

Burung Hantu

0
Again..tonight ops early morning ikut mat salih punya perkiraan saya skali lagi menjadi owl ^(O_O)^ and I dont know what exactly make me susah sangat nak lelap even i try pejamkan mata or peram mata untuk tidur.End up jadi macam ni, sungguh menyiksaan diri untuk berdepan hari esok sbb sudah pasti badan akan letih dan mata mengantuk.Is there anything wrong with my body or hormone? Harap-harap ini adalah normal buat masa sekarang.

Dah tak boleh lelap so on TV and let's blogging and reading.Yeaa hopefully dengan reading mata saya akan penat dan seterusnya ZZzzzZZzz harap-haraplah. I want to read sumthing and nanti i share with you guys. Interesting and sure you don't expect so just wait yer, and let me do some research first =p 

Wednesday, March 23, 2011

Copyright

0
Aduhai..jenus meng-creative-kan diri dengan men-design copyright kononnyer laaa.Tak puas hati sbb tak lawo0o0o dah mmg tak kreatif camner la nak lawakan hmmm cuba tengok hasil kerastanganku ini...adehhh sungguh tak cun..kena usaha lagi nie...hmmmm sabar jer laa



burukkan?!




Order

0
Just got a phone call from 'somebody' yang keep waiting me balik kg next-next coming month. Haishhh lama lagi tu nak balik, tapi 'order list' dapat awalnya. Agaknya takut tak sempat beli klau order lambat kotsss sabau jer laa hakuu so nak tak nak kena 'put a side' certain-certain amount untuk budget order tu. Oiiihhhh banyaknyer meng-order..buku latihan untuk semua subjek dan children undergarment hahaha..suspend betol! Ok so nanti ahkak tengok kat kedai buku dan shopping mall yer dik.

Haku nak mengorder ngan sapa plak ehhh?? Anyone wanna take my order tak? Or i just put my wish list here and u make it realistic for me hikhikhik ~_~ 

Truncated Photos

0
Ok apa yg aku perasan ada pic yang truncated, may be sbb previous template punya width besar than now punya template so banyak jugak photos yang tak show the whole size.Takkan aku nak resize setiap satu photos nie, oh! tak koser aku..pepandailaa korang click pada pic tersebut untuk full view occay (*,*)

Finalize Template

0

Ok tak ambil masa yanga lama untuk revamp blog template ni, cuma nak mencari yang sesuai sahaja take times sket. Tak kisah janji puas hati.Lain daripada kebiasaan dan aku dah remove mana-mana widget yang melambatkan loading time my blog. Hehehe oklah kan this template janji sejuk mata memandang. 

Blog Template Revamp

0
Gonna revamp my blog template, so klau ada sumthing yang tak syok nak tgk mintak maaf byk2 yer..insya Allah new image will be coming soon ^_________________________^

my current template

Cute

0

l.a.y.z.e

0
from google
Serius m.A.l.A.s i dont know why..berat tangan n otak beku! Oh sungguh tidak baik..dah minum coffee tapi still 'freeze' and i'm not doing anything except update my blog. Nak membaca pun malas, nak berfikir lagilaaaa malas...do i need therapy to boost my rajin mood? hmmmm..speechless  

Tiger Balm @ Balsem Harimau

0
Tiger balm
I need it today sbb lupa nak amik madu pagi tadi minum honey early morning mmg menjadi kebiasaan for me di tambah plak dengan bunga-bunga batuk sbb cuaca sejuk ~,~ oh rasa cam nak semput jek erkkk 

Belum breakfast lagi,hmm malas betul nak turun bawah nak p kedai beli food..malas jawabnya laparlakan  kan aku belasah makan bubur jagung berchacha @ bubur chacha berjagung semalam punya sbb i bring it to the office today. Bukan habis pon aku makan sensorang, so daripada membazir yang mungkin akan masuk perut mr dustbin baik aku bawak ke office sedekah kat colleague right? Tak tahulah sedap ke tidak kat tekak dorang, klau dorang rasa sedap makan banyak, klau sebaliknya makan sikit ;p~~~ klau tak bersentuh jugak sah-sah mr dustbin menunggu-nunggu untuk ditadahkan.Mintak jauhlah daripada membazir...sesungguhnya membazir itu amalan syaitan!

Kurang mood plak nak siapkan kije yang tak pernah habis ermm kena warm up mood dulu nie...blog updating laa salah satu teknik nak warm up hahaha poyo sungguh  *_* oklah need to check sumthing and chow chin chaw

Tuesday, March 22, 2011

Bubur Jagung Berchacha@Bubur Chacha Berjagung

0
Bubur Jagung Berchacha@Bubur Chacha Berjagung mana-mana pon boleh, pusing-pusing sama saja dowww..sbb i mixed it (2 in 1) , tapi nampak gaya cam banyak jagung dari chacha hikhik wat eva janji nampak colorful than colorless right? 

Actually semalam punya kes-la sampai masak bubur ni ari, al-kisah nak bukak puasa dengan sumthing sweet tapi tak der pembuka mulut waima pencuci mulut so cover semalam punya selera aku masak ari ni as dinner.Hah boleh lak dinner ngan bubur yer..gua punya perut so suka ati daaa..tambah plak hujan renyai-renyai menambahkan lagi liur mulut nak makan sumthing yang manis-manis ala-ala manja-manja gitu hikhikhik 

So balik office serbu yang 'besar' berwarna hijau itu dan grab few items likes a can sweet corn kernel, cha cha, sagu biji and pandan leaf.Yaaaa sampai jer tanpa waste my precious time terus terjun ke dapur bujangku..yeah almost 30 minutes siap!!!Make it cool in room temperature dulu pastu masuk a mug of bubur dalam freezer.Tunggu sejuk ala dingin bersalji bagai baru boleh makan.Pas Insya' apa lagi ngap ngan roti :D waaaaa tercapai sudah hajat, alhamdulillah sedap kat tekak sendiri dan kenyang!!! dapat 1 kuali aku masak dalam kuali tadak periuk hihih and masih berbaki 1 tupperware aiskrim yang panjang tu, agak2 boleh la telan dalam 2-3 kali lagi kot...puas makan..sungguh puas.  



Take a look. Togel dalam mug jek laa..tadak bekas cun melecun cam Mat Gebu si tokey kumpul pinggan lawo2 tu sbb aku ni menyewa..so sumer simple jek la..tak kuasa la aku nak beli bekas cunz2 wat masa skarang. Bujang gal yang sempoiiiii janji perut kenyang, kan mangkuk lawa2 tak makan lak aku sbb terguder tengok bekas...aiihh tak jadi tak jadi yang penting nafsu ku tertunai sudaaaa..nafsu makan occay bukan nafsu nafsi lelain..hikhikhik  Tersandar kekenyangan wo0o0o
erkkkk blurkkkk huh ingat tadi nak taruk durian, tapi pk2 cam banyak sangat benda aku campur mau aku plak pening nak makan hahaha tapi klau ada sure aromnya perghhhh..durian kunyit tuu yang aku tgk...haishh sure licin 1 kuali klau taruk deriankan????

Test Case : Done

0
my test case...done bebeh :>
Alhamdulillah dah jumpa test case yang bersesuaian, ok pasni aku kena wat solution dulu before audience try this kind of task. Insya Allah tak payah sangat, cuma risau part CHARTING sbb nak try guna charting formular tu cam ingat-ingat lupa..actually byk lupa hikhikhik tapi tak per, reference ada so nanti boleh check mana yang patut, klau blur@bengap jugak boleh tanya individu yang berkaitan ;D Yang penting usaha dulu, then ada masalah baru tanya secara berhikmah.Jangan semberono tanya tanpa homework or any effort.Kan nanti diCAP pemalas, hanya maukan SUAPAN mudah sahaja tanpa berusaha.Dan org boleh menilai kita ni jenis manusia yang suka MENADAH tanpa suka MENCUBA dulu.PANTANG datuk nenek moyang aku hahaha..script cam pilem ibu mertuaku daaaa *____*

So bolehla bersantai-santaian dan bersidai-sidaian sementara otak memerahkan santannya..kuikuikui bukan perah santan daaa..perah idea daaa...apa yang perlu distresskan adalah how to make my training/presentation ni looks good and effective? That's the cabaran yang i have to take it as my priority. Fuh bukan senang tu nak tackle perhatian manusia right? allure the people eyes, mood and their focus 200% is not that easy as u think beb! Kadar fokus manusia ni kebiasaannya hanya 30 minit pertama sahaja, klau menarik dan the presentation da bom! sure akan mengheret pendengaran audience ni sampai ke akhir sesi BUT klau MENOLAK?? sure less than 10 minutes molot depa dah nganga n mata kebil-kebil sambil menguap cam badak sumbu hahaha opss sorry lebih sudaaaa..anyway anyhow i take it as a challenge!good luck!

Training Slide

0
Yeah! Walaupun training schedule may b will be held on May or earlier but aku dah siapkan training slide ni.Cuma kena kerah otak untuk Test Case jer lagi bagi menguji tahap kefahaman audience nanti.Means 90% finished.WoW O-O bagusnya haha sapa lagi nak puji klau bukan diri sendirik kuang3x Previous training dah bagi 2 test case berkaitan dengan raw data yang perlu dimasukkan ke dalam system dan menghasilkan output mengikut report yang dikehendaki.
my slide...colorful like kinder garden punya jer hahah..lantak laa janji menarik perhatian mata audienku

Now camner plak ni..apa kes nak kasik nie...otak beku lak nak pikio..yang pasti must be SPREADSHEET.Kena guna all the formatting, functions,formulars and chartings in the spreadsheet.Huhuhuh dah bagi test case kena la sediakan solutionnya jugaknyer.Hah dalam kepala skarang empty.I need to search on the net la untuk dapatkan ideas or any hints. 

Ok doakan test case saya superb!! Mosti audience kagum hahaha perasan! 

Berat Kepala@Dizzy

0
Ouch i guest gara-gara cuaca yang tak menentu (panas hujan, hujan panas) sejak tsunami tempoh hari, ditambah plak kurang minum plain water den poser yo smlm dan semalam payah nak lelap, maka in the morning dah tak boleh nak angkat kepala..pusing-pusing rasanya malah berat skalikk rasain hikhik pepagi dah speking indon ko mimpi mamat lombok ka? 

Apa-apa pun tetap bersyukur kerana masih dipanjangkan umur olehNYA untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba dibumi yang bertuah ni, malaysiaku tercinta.Tidaklah cam Jepun yang ditimpa bencana, Libya yang merusuh dan bumi Palestin yang sentiasa diancam oleh puak Israel.

Memandangkan kepala pusing-pusing so early morning SMS my colleague inform yang masuk lambat sket.Slow and steady siap-siap and cuaca plak rainy jer..9.30am reach at the office. Terus make a mug sbb x guna cawan of coffee + nasi lemak buah biadara  bersambalkan telur mata kerbau/lahabau/lembu/selembu dan sewaktu dengannya so take a time and had my breakfast in front of my lappy. 

Hopefully kepala ni makin ringan and my work spirit getting better and better day by day. Insya Allah.O.K lets do my work now and till then catch u later guys.Thanks for reading..ader ker yang membacanya? hahah klau tak der pon i dont bother cause i write everything here is for me..my personal record.If ada yang sudi read this and sharing the infos that's the best for us. 


Monday, March 21, 2011

Puasa Ganti

0
Alhamdulillah...selamat ganti puasa ke-9 erkkk byknya tinggal poser last year. Menu simple nasi goreng daging merah yang berharga RM8 bersama + koko panas. Berbaki 2 hari lagi.Hmmm disyorkan puasa sunat 3x sebulan, ni duk pk2 bila nak sambung lagi 2 hari teruknya boleh plak pk2 nak beribadah

Apa2 pon syukur sbb sangat kenyang..walaupun berbuka puasa sensorang, yerla housemate sumer balik lewat n dorang kebiasaannya dinner b4 sampai rumah. Tak jadi hal untuk aku berbuka sensorang..NO BIG DEAL. Janji berbuka.TV teman aku berbuka hikhikhik ^___^

Hmm skrang paper n news duk highlight abt kenaikkan harga ayam.Senak perut btol bila salah sorang peniaga ayam ni bagi alasan HARGA AYAM NAIK SBB TSUNAMI.WAKAKAK gelak besar aku, sejak bila plak mesia ni import ayam/baka ayam/anak ayam dari jepun nung??!! Kot yer pon nak bodohkan pengguna agak2 laa bai!! Jgn sampai bodohkan diri sendiri.Fact & Figure kena tau la..ini bantai suka suki mulut hang jek.

Aku rasa salah satu sebab musabab harga ayam ni naik sampai dekat rm10/sekilo kerana musim kenduri kawen time cuti sekolah ni, so peniaga/pemborong/penternak amik kesempatan. Tapi ada jugak desas desus mengatakan bekalan ayam kurang sbb banjir dijohor tempohari.Aikk takkan johor jek menternak ayam kat mesia ni?

Kurang agama betul dan sungguh tidak bermaruah suka wording tak bermaruah skarang para peniaga/penternak/pembekal ayam ni.Untuk yang muslim tu beringatlah, setiap tindakan kita sehari-hari tidak pernah lepas daripada pemerhatian Yang Esa.Jangan kerana nak untung berlipat kali ganda riba korang belasah campur halal haramnya, yang haram tetap haram.Untung hanya dibolehkan 2x ganda daripada harga asal.Selebihnya riba.Sanggup korang bagi makan anak bini/keluarga dengan hasil riba? Tega betul mereka-mereka ini,kerana $$$ hukum hakam tolak ke tepi. Janji masyukkk.Nauzubillah

Satu lagi yang agak kontroversi,menikah dimasjid.Bagi aku mana-mana tak kisah janji sah nikahnya. Klau nak nikah dimasjid tp tak reti menghormati masjid bagai and para tetamu yang hadir plak dengan pelbagai ragam(tak tutup aurat,pakai kain x cukup inchi, kain jarang and etc) maka baik menikah jek dirumah.Dalam mengejar pahala dosa plak yang dipikul, tak ker haru namanya.Bukannya korang boleh kontrol tetamu korang tu.One more thing, mempelai sendiri yang uzur syari'e so agak2lah nak wat kat mana.Haram hukumnya berada didalam masjid untuk wanita yang berhadas besar(period)ni mengikut apa yang aku dengara daripada Ustaz Azhar Idrus.

Oh panjangnya entry ni..hihihihi baru perasan daaaaa

Sunday, March 20, 2011

Kitchen Queen

0
"Kitchen Queen" Branded & bagus sangat ker brand ni? Aku try surf kat tenet tapi tak jumpa info yang lengkap. Hmmm bukan apa bebaru ni kena 'tangkap' ngan salah sorang salesman dari Kitchen Queen ni..perangkap pertama dorang offer baik punya "biodegradable bag for free". Actually dah banyak kali kena 'usha' ngan kitchen queen ni tapi aku tak layan sangat, ntah camni kali ni tak lepas plak..

Mula-mula isi survey form jer, pastu mulala dorang bukak langkah nak promote barang n free voucher. Dah atas nama free & no obligation so aku try laa..tup3x bukak voucher tu dapat "induction stove" hah aku dah agak dah ni sumer kes nak tipu..tp aku cool jek sbb aku tak berminat pon..yang best ada 2-3 orang sales person ni wat muka terkejut dapat free induction, sbb kata dorang based on voucher2 b4 this, dapat massager jer & thanks wording. Huh aku rasa ni sumer pakat2 nak perangkap pembeli nak suh angkut barang dorang.>:|

Aku dengar jer kata-kata gorengan dorang ni sbb aku nak tgk jugak taktik penjual kurang maruah nie, last2 aku ckp aku tak berminat!!! hah dorang wat muka frust and terus aku blah.Eeee tolongla tak kuasa aku nak jerat diri aku sendiri ngan barang yang ntah apa2. Sbb aku ni klau nak membeli mesti aku survey dulu, selidik pros n cons, compare the best among the best and baru decide beli.So kepada civilian kat luar tu hati-hati dengan taktik penjual jenis camni, kebiasaannya adalah umpan ngan "FREE !@#$%^&* "yer, jangan mudah tertipu dan terpedaya!!!

Sleep Disorder?

0
Nape lak tak leh tidur nie O.O 2.26am mata masih keras..layan prediator kat tibi tiga suku..hmm boleh tahan ganas jugak citer nie..try pejam mata tapi tak jalan even dah padamkan lampu...last2 bukak lampu on lappy hikhikhik 

Nanti mata dah ngantuk pandai2 la carik bantal..malas nak paksa2..so tak yah buang masa..jum baca info kat tenet..

Friday, March 18, 2011

Kad Kredit

0
Solute to BNM(Bank Negara Malaysia) sbb memperkenalkan syarat baru untuk pemegang kad kredit!!Syabbas bette =) Selain mengajar rakyat malaysia berhemah dalam berbelanja ia juga mengurang risiko muflis dan hutang. Lagi tinggi lagi bagus untuk minimum requirement tu.

Source : http://www.tv3.com.my/

Thursday, March 17, 2011

Fukushima Daiichi Nuclear Plant

0
credit to nst
Untuk my personal record, aku tepek this article bagai memahami apa yang sedang berlaku di Jepun. I hope and pray this disaster will recover soon *___*

Ini pula penerangan yang sempoiiiiiii tentang reactor nuclear.Respect aku ngan japanese ni, br upload semalam (16.3.2011) dan penyampaiannya sangat-sangat santai ;p


Identification Of Plastics

0
Kecoh about BPA(Bisphenol A) so i made an initiative untuk fahamkan apa maksud code or symbol in plastics. Thanks to Mr Wiki for this infos i like wiki very2x much -__* 

Let wash our brain wif this infos guys. Pastikan diri kita terpelihara daripada unsur-unsur kimia berbahaya ketika menggunakan any plastic bottle. Tapi yang haku x puas ati nape gov of mesia ni mesti amik masa 1 year untuk haram jadahkan pengeluaran dan penggunaan BPA bottles ni. Tak ker bodow namanyer tu??!! >:|

click pic untuk gambaran lebih jelas

Identification in plastics

Wednesday, March 16, 2011

Internet Down

0
Oh internet kat office down, dah agak nape..cable rosak laa gara2 earth quake kat jepung jumaat lepas.Hmmm sabau jer la..smlm n kelmarin ok lagi..ari ni jek k.o, so aku guna my bb hikhikhik sib baik dapat tp agak selowwwww..sabauuuuuuuuuuu..byk benda nak citer sini tapi tak tercerita plak..cer citer cer citer *__*

Monday, March 14, 2011

Sudah Jatuh DiTimpa Tangga

0
Itulah yang boleh diibaratkan dengan negara nippon ni.Susulan gempa bumi dan tsunami kine gunung berapi plak.

TOKYO 14 Mac - Sebuah gunung berapi di sebelah selatan Jepun hari ini kembali menghamburkan debu dan asap tebal ketika negara ini sedang bergelut dengan kejadian tsunami dan gempa bumi besar.Menurut Agensi meteorologi kebangsaan, aktiviti gunung berapi Shinmoedake kembali aktif setelah beberapa minggu tenang.Gunung berapi tersebut terletak di Pulau Kyushu kira-kira 1,500 kilometer dari pusat gempa sekuat 8.9 Jumaat lalu yang menyebabkan tsunami dan memusnahkan sebahagian besar pantai timur laut negara ini. - Agensi

Semoga rakyat Jepun tabah dan diharap umat islam disana terpelihara daripada musibah ini.Insya Allah. Sesungguhnya kuasa Allah tu amat kuat dan tiada tandingan waima canggih camner skali pun teknologi dan peralatan yang direka cipta. 

Sunday, March 13, 2011

Dah agak

0
Misi ari ni meredah farmasi w/p dah tahu farmasi tutup tp manalah tahu kot2 ada yang buka untuk mencari barang ni, hmmm seperti yang dijangkakan mmg tutup kesemuanya. Pastu masuk watson and asked the price sbb nak beli pon tak dapat cause pharmacist tak kojer ni ari, W.o.W terbeliak la jugak mata ku 0.o huh RM48.80 untuk 15g if i'm not mistaken. Mak aiii cekik darah betol reger kat sini, sebelum tu aku ada call 1 farmasi kat hometown and the sales girl told me it's only RM35.Murah apa compare ngan sini. So aku pon call my bro and ask him to buy for me and pos it ASAP.Huh lega plus save my pocket money weeee senyum ^__^

So suk lusa sampai laa barang2 yang diidamkan tu.Oh sungguh tak sabar.Cant Wait to try it and see the result. Hope it's work on me.Insya Allah.Moga-moga sbb dah letih bebenor asyik try brg itu ini ngan result yang hampeh!Plus perabih duit sumore!


Looking For This

0
Yeaaa ni ari nak p carik item kat bawah ni....viiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii sure kopak purseku..grrrrr..i hate that!
For the details abt this product nanti next entry cheq citer occay!!Wait =)



Saturday, March 12, 2011

Tsunami & Earth Quake In Japan

0
Sedey btol aku atas apa yang berlaku di Jepun. Aku doakan semuanya selamat. Nak2 malaysian.Tak dapat bayangkan 8.9 magnitud earth quake + tsunami.Tapi aku tgk rakyat jepun ni cool n terbukti negara maju like japan ni bijak dlm menangani masalah camni.Cause internet line n communication x fail.Apa2 pon semoga semuanya selamat.Harap2 kadar kematian x tinggi sgt.

 

Friday, March 11, 2011

Spaghetti

0
Oh oleh kerana saya kepingin nak makan Spaghetti maka after maghrib terus ke giant beli bahan2..balik dr giant terus masuk dapur n tang tung keletuk keletang bersilat berkungfu bagai. Hahah siap and finished my meal 11.30pm ouchhhh supper dah tu bukan dinner. Tak sempat plak nak snap pic sbb khusyuk makan. =)  as usual kenyang perut suka ati 

google image

ETL Status : Failed

0


Sakit otak plak ni ari dengan status ETL tu, manjang failed.Apa Kes!! Alahai tension o0o lani duk baca manual and keep redo. B4 tis pernah buat and i dont think this process is complex, sbb very stright forward punya process. So nak tak nak kena try & error lagi.Opsss silap cuba jaya!! sure end up akan berjaya, klau try n error end up mmg jumpa error la hahaha. Well learning is never stop process, it's one of the lifes cycle aper, blaja secara official n none official sajer.  Oh bagi yang buta apa itu ETL, do refer incik Google or u can ask mr wiki ok.Here from mr wiki, cekkidout =) 

Extract, transform, load(ETL)
Extract, transform and load (ETL) is a process in database usage and especially in data warehousing that involves:

Extracting data from outside sources
Transforming it to fit operational needs (which can include quality levels)
Loading it into the end target (database or data warehouse)

For detail make urself free untuk jenguk wiki






Pening Kepala

2
Morning semua,

Not in good condition sbb pagi2 dah pening kepala. Seram betul nak cek blood pressure cause sure ting tong naik turun tak stabil like harga bursa saham. Dont know why lately pening kepala, in this week sahaja 2-3 kali juga kepala ni terasa pusing-pusing roller coaster.Do I need rest? a.k.a MC for today? Tapi klau stay at home pon boleh naikkan blood pressure jugak cause notting to do right? Daripada tidur the whole day better i stay in the office and do my work besides surfing the net kikikiki, yerlaa kepala dah weng nak doing my work so i surfing untuk kurangkan my headache ni (*__*).Oklah stop for a while sbb mata dah berpinar2, will update later 

Thursday, March 10, 2011

Ringkas dan Padat

0
Dinner with roti john yang tak sedap..erkk seyes x sedap!! Beli kat pasar mlm, sure pasni aku boikot makcik tu..aku ni klau x sedap bila masuk tekak haremm nak beli lg. Insya Allah esok nak masak spaghetti, so list of ingredients dah ku susun atur dalam HP. Esok after office hour mulakan operasi..yeahh lama dah kepingin nak masak spaghetti tapi tak berkesempatan la plak.Ni blom mandi lagi, masih ngadap lappy n watching Buletin Utama.

Ops lupa nak citer, tadi ke MOF sbb ada training ngan my x-boss. After that lunch @ Putrajaya Holding.Menu not bad laa, aku bantai bendi goreng daging lada hitam. Best!!! Ok chow jap,mandi dulu 0_0 

Wednesday, March 9, 2011

Diam Tanda Protes

0

 Sejak semalam saya x call or sms mr soulmate..PROTES! sbb dia TERlampau bz sgt2 sampaikan lupa nak contact saya. As usual mesti call everyday sbb we all ni PJJ. So communication is MUST for 2 of us. Saya tau dia bz tahap gaban sbb kena siapkan kije tu end of this month cause next month menteri pelajaran nak 'potong reben' projek dia tu. Tapi for me takkan nak call n cakap 5 minutes pon tak der masa? Boleh jer curik2 kan..so nak tak nak jer =(

Walaupun saya sepatutnya bersyukur sbb dia bz ngan kije drp bz ngan hal-hal yg ntah apa2..tp saya rasa still perlu untuk communicate everyday. And just now dia sms n call saya BOLAYAN jek..pk rindu hikhikhik (',') saya return his call after half an hour.Tapi cakap pon nak tak nak jer..huhu sajer aku wat perangai. I know he knows that i'm not in the mood, so dia wat lawak sket tp sbb not in the mood ego tak kuasa nak gelak or layan his lawak bodo tu. End up ckp pon beberapa minutes sahaja. Puas Hati sbb berjaya tunjuk protes.Oh Jahatnya! Tapi saya nak dia FAHAM mesej yg saya nak sampaikan, bukan sesajer nak wat hal occay!!! 

Untuk suk2nya, tgk mood saya camner plak. Now saya suka juz go by the flow sbb malas nak bebel tak tentu pasal!

 

Tuesday, March 8, 2011

Kepuasan Dalam Bekerja

0
Adakah anda mendapat kepuasan dalam pekerjaan anda sekarang?
Adakah anda gembira dengan pekerjaan ada sekarang?
Adakah anda mendapat bayaran yang setimpal dengan pekerjaan anda?
Adakah anda sanggup bekerja dengan bayaran yang tidak setimpal?
Ikhlaskah anda bekerja?

Tepuk dada tanya hati, akal & iman. 

Monday, March 7, 2011

Cute Right?

0
Cute Right? 

Saturday, March 5, 2011

No Words Can Describe How I Feel

0
Banyak benda yang dah tak sesuai dilakukan mengikut peringkat umur-umur tertentu.Klau time study, merayap..hang up..merendeq..menyopping..melanguk..huh cam2 lagilaa sangat2 digemari, but now, tak semua aktiviti tu sesuai lagi.Shopping yang menjadi keutamaan pompuan adakalanya hobi wajib tu pon bagi aku skarang, tengok keadaan dan keperluan. Segalanya berubah mengikut perubahan peringkat umur dan kematangan serta gaya hidup.

Tak reti lak nak hurai sbb cuba baca tajuk blog malam ni hmmm =.=

Friday, March 4, 2011

Tak Sanggup

0
Tak sanggup rasanya nak ngadap weekend ni. Rasa nak 'terbang' balik hometown jek. Huh musti sronot kan? Jumpa family sure la sronot..hmmm so apa agenda ni?

Gambar yang tiada kaitan langsung dengan cerita =p
 

Thursday, March 3, 2011

Tablet PC

0

Sedetik Lebih

0
Pagi2 while driving to the office, saya sempat menghayati lirik ni..OWH sungguh menyentuh perasaan & jiwa raga. Terasa syahdu..maybe sebab saya merindui seseorang..(hikhikhik..feeling lomantik plak pagi2 nie..hakhakhak walhal orang yang dirindui indu ke idak plus bz tahap gajah disinung) Tapi lantaklah..layan jiwa sensorang =) plus menceriakan pagiku



SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
 Aku selalu memikirkanmu
 Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan

 Aku selalu memikirkanmu
 Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang

Barulah terasa ku bernyawa

 Kasihku…ku amat mencintai kamu
 Kerana kau beri erti hidup

 Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

 Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan

 Ku bersyukur adanya kamu
 Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

Wednesday, March 2, 2011

HandOver

0
W.o.W!!! Hand over process in progress. Manyaknyer nak kena amek tau n kena faham. Yeaaaa byk kije beb!!! So far dah list down apa yang patut. Tu belum masuk yang x tau lagik. Haiiiyaaaaa...mau kena karate nie...



Tuesday, March 1, 2011

Mimpi

0
Semalam saya bermimpi berjumpa dengan orang sakit.Realitinya orang yang sakit tu masih hidup.Try google tapi tak jumpa any answer. Anybody knows?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers