Quote Of The Day

Wednesday, April 27, 2011

Jangan Mengambil Hak Orang Lain

Pagi all...

Terpanggil untuk 'menulis' pagi ini. Tiada niat untuk mendedahkan aib sesiapa tetapi hanya mahu anda semua menilai sendiri sikap sebegini dan elakkan daripada mengambil hak sesiapa.Pengajaran untuk tukang taip juga 

Al-kisahnya pasal rumah sewa yang tukang taip sewa skarang. Insya Allah 2  org bakal meninggalkan rumah tu sbb bakal berkahwin dan sorang yang dah selamat ke jinjang pelamin mengambil keputusan untuk mengikuti suami masing-masing. Takde masalah sbb tukang taip dan sorang lagi housemate akan masuk bilik yang ditinggalkan oleh mereka-mereka ini. 

Tukang taip(T.T) mengambil keputusan untuk iklankan bilik yang tukang taip duduk skrang so tanpa membuang masa T.T iklankanlah diportal-portal kat tenet tu. Tak menjadi masalah untuk T.T sebab kemasukkan bulan Jun 2011 Insya Allah. 

Berbalik pada housemate sorang lagi ni, bila T.T dan dia mula berbincang psal kadar deposit yang perlu dipulangkan pada 2 org yang akan kuar daripada rumah tu dan penyewa baru agak terkujat jugaklah bila terkeluar ayat sebegini drp mulut beliau "Eh ********(nama tukang taip) jangan bagitau budak baru masuk tu sewa rumah ni RM500 sebulan tau" 


Klau korang apa korang expect? Apa niat dia sebenarnya? Rumah 5R3BR dan hanya 4R disewakan dengan sewa RM500 and harga bilik ditetapkan mengikut sqf bilik tersebut. Of course harga bilik tu dalam range RM100-RM160 jer. Adakah dia cuba menangguk di air yang keruh? Mengambil kesempatan dengan mark-up kadar sewa pada harga yang tak sepatutnya? Klau benar dia ikhlas kenapa perlu keluarkan kenyataan berikut? 

Dalam sesi perbincangan lain dengan slumber jer T.T sound(dalam nada lembut kan tak pasal2 gaduh n masam muka lak kan haishh mtk jauh) "berapa yer nak kena pulangkan balik deposit ni,sbb saya pon tak la makan duit orang..suk2 tak sanggup nak kena bakar".Lantaklah sapa makan cili dia yang terasa pedasnya. 

Tidak adil sama skali jika kadar sewa diupkan dan lebihan sewa tersebut di'tarik' oleh mereka-mereka yang bersikap sebegini. Klau benar anda ikhlas dan jujur paparkan kadar sewa yang sebenar setiap bilik untuk tatapan housemate semua. 

Banyak juga kes sebegini yang saya dapat agak..sebab bila ditanya harga rumah dengan kadar sewa bilik sungguh tidak musabah. Yang pasti anda buat silap andalah yang akan dapat dosanya.Get ready laa untuk dibakar dan bersoal jawab denganNYA di akhirat kelak.INGAT!!! Tidak akan terlepas setiap tindak tanduk kita sehari-hari daripada penilaianNYA. Sanggupkan anda menghadapi tuduhan mengambil hak orang lain? Tepuk dada tanya iman.

2 comments:

C'est La Vie on June 28, 2011 at 11:40 AM said...

betul2 kisah nie mmg betul2 blaku..sbg pyewa kita kena sentiasa berhati2...x nk mende nie jadi pada org lain..apatah lg tjadi pada diri sdiri...

MDN on June 28, 2011 at 9:33 PM said...

betul3x...klau nak siasat..dptkan harga rumah dan harga setiap bilik..atau direct trus kpd landlord

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers