2.43pm adik missed call budak2 biasalah missed call jek la, nak jimat credit so aku return his call,mak aku nak cakap ngan aku. "Pak Lang masuk spital, tebuk perut sebab kidney tak berfungsi. Doc nak cuci air dalam badan" tu script mak aku tadi. Tersentap! -__-
3.20pm aku call wife pak sedara aku tu and tanya itu ini.Hurm sedihla jugak mendengarnya. It's all about Diabetes! Dah lama pak lang aku tu mengidap kencing manis and makin kritikal saban tahun. Ini paling serius sampai warded. Genetic factor! Dari perbualan ngan wife pak lang aku tu dah 3x tebuk kat perut sebab tak jumpa the right spot. Petang semalam admitted and malamnya tebuk kat perut. Pakai pampers bagai. Sayu hati aku mendengarnya. Pak Lang aku tu baru 47 tahun. Tapi tu laa penyakit tak kenal usia. Untuk pengetahuan korang, pak lang aku ni mengidap kencing manis yang agak serius sebab dia kena suntik insulin everyday.
Risau betul aku bila talking about diabetis ni.~_~ waima jaga makan skali pun klau ada keturunan yang mengidap diabetes ni chances tu lebih tinggi berbanding orang biasa yang tak de keturunan. Dan penyakit ni plak berangkai yang boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang, darah tinggi dan jantung. Aku menadah tangan moga-moga pak lang aku tu cepat-cepat sembuh dan sihat.
say NO to diabetes! Google pix |
0 comments:
Post a Comment