Quote Of The Day

Tuesday, May 31, 2011

Bilik Baru

2
Oh secara rasminya salah sorang budak umah ni dah move out. So pagi tadi aku masuk office lambat sket sebab bersihkan bilik,susun barang dan kemas mana yang patut.10AM baru gerak ke office.Fuh! Lega. Dapatlah budak baru kemas2 barang dia dah masuk bilik lama aku.Betapa baikknya aku   =D siap bersihkan bilik tu lagi, tidaklah aku tinggal bilik tu berhabuk! O-O .Klau nak benda baik kena buat baik kan..so itulah yang aku lakukan. 

Trend skarang, JARANG sesangatla klau seseorang tu tinggalkan sesuatu dia bersihkan or tinggalkan dalam keadaan elok.Agaknya terasa rugi kot wat camtu. Ni lah peribadi seseorang klau nak nilai. Pastu klau dapat sesuatu yang berhabuk, kotor, rosak mula la muka masam sambil mulut menyumpah cakap itu ini..walhal diri sendiri pun tak buat. So what do u expect? Nak dapat benda elok buat benda elok la jugak bai...heheh panjang plak aku mengomel.

Apa-apa pun aku bukanla nak ungkit ke apa..bagi aku senaman pagi-pagi jer tu (*____*) 

Monday, May 30, 2011

Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd

0
Semalam saja meredah Taman Industrial Selesa Jaya, Balakong. Aku gi sini

 
tgk map ni bebetol klau korang nak sampai sini
Misi asal nak mencari pomander ball..al-kisah nasib tak berapa baik ada 1 jenis jer yang beso gedabak plak tu. so down jugak mood..yg aku carik gabus bola paling kecik dan sederhana..tapi nasib baik sebab dapat cuci mata dengan artificial flowers yang cun banget dan agak menarik.tapi dorang tak kasi capture gambar la plak..HAMPEH!   

Selain ada artificial flowers ada jugak pasu2 bagai, barangan hantaran, riben sumer, bunga pahar, bakul, paper bag,gabus2, alas dulang, dan jugak pinggan-mangkuk hayun.TAPI tak banyak pilihan!! bosan jugaklaa..dan ada certain2 barang murah dan ada jugak yang mahal dan rasanya tak berbaloi nak beli.So pandai2lah korang pilih yer.Boleh click sini untuk detail abt Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd.

Ini yang dibeli di Fah Lean Floral.

reben semurah RM0.60 dan bungan 3 jambak RM10

3 Mimpi

2
Mimpi ni baru kuar oven..masih panas dan  jelas. Ada 3 mimpi. Dasyat! 3 dalam 1.Mimpi pertama aku gaduh ngan mak aku, siap campak-campak pinggan dan tarik muka masam sebab tak puas hati. Mimpi kedua plak aku preggy, nak gi check up n amik darah kat klinik. Dan the last mimpi gusi berdarah. Sebaik tersedar masuk waktu subuh bila aku dengar azan berkumandang. Masya Allah. Aku yakin mimpi ini ada maksud dan tafsirannya tersendiri. Kenapa aku berani berkata begitu? sebab malamnya sebelum tidur aku baca doa tdo lagi serta ayat qursi.

Menurut tanyalah ustaz yg aku tonton seminggu yg lepas salah satu cara untuk mendapatkan mimpi yg baik adalah dengan membaca ayat2 quran sebelum tdur.So tanpa keraguan menusabah or munasrawak aku yakin semua ini mempunyai maksud tersurat dan tersirat.Sampai jer office terus surf cari maksud klau2 jumpa. Yg gaduh tu klau tak silap hubungan dengan org yg kita gaduh akan lebih baik dan akrab.Harap2nya. Ameen klau betol. Pregnant plak kebiasaannya rezeki dan psal gusi berdarah tu tak jumpa yang sesuai.Klau berdarah adalah.Hmmm..apa2 pon malas nak pk sangat..klau yg baik aku terima dengan hati yg lapang dan klau sebaliknya aku tetap redha dengan kententuanNYA.

Friday, May 27, 2011

Meratap-i

2
Sorry to say, aku klau dah 'meroyan' sumer benda aku selidik n cek sana sini. Walaupun dah pernah siasat selama ni.Lani duk melayan photos Aaron Mustapha Aziz.Oh ENCEM O,o. Sorry mr soulmate..u hv to accept it yg saya falling in love ngan dia dulu b4 i met u ^__*. hihih jgn maree nanti kena jual tau 





Baca punya baca br ku tau yg Siti Saleha ni rupanya adiknya vocalist bunk face si SAM yang nampak serabai tu..hahah patut laa muka lebih kurang..acuan sama maa..ok layan photos Aaron dulu. Time to cuci mata & enjoy 'keindahan alam sekitar' ;p

Kasih Yang Suci - Nora Elena

2
Oh Sweet!! Really falling in love with this drama.Ditambah plak aku mmg giler minat ngan Aaron Aziz. Siti Saleha pun cantik n amat seswai as heroin.Berkobar-kobar nak cari Novel Kasih Yang Suci sebab citer ni diadaptasi dari novel tersebut.Aku leh agak happy ending.Heheh biasalah novel.Ops lupa nak cite drama ni 24 episod sahaja dan 1 hour every isnin-khamis 7pm-8pm.TV3 suku ok.


Thursday, May 26, 2011

Rangkuman Hidangan

2
Assalamualaikum...

Baru ada kesempatan untuk update aktiviti memanaskan dapur ketika balik bercuti ke kampung halaman awal bulan hari tu..ouch dah agak lapuk hikhikhik

Janji update sebagai ingatan diwaktu-waktu mendatang.

dragon fruit

isinya diasingkan

daripada buah menjadi juice dragon

alpokat = avocado juice

again
Untuk sesi juice sempat jugak buat jus tembikai selain dragon juice n alpokat tapi jus tembikai tu x sempat snap gambar.Smoothies tembikai pon x sempat sebab masing2 dan pelahap nak minum ;p

sotong goreng kunyit

ikan stim

kuah banjir sebab masing2 request nak hirup

popia udang

gabungan mak + anak = nasi dagang

kuah nasi dagang

acar 

pinggan ku..belimbing buluh perghhhh mengancam
Dah kat umah pulun masak pelbagai hidangan untuk santapan ahli keluarga, yer la rancak masak n makan sebab ramai dan meriah. Klau kat sini makan roti pon tak kisah sebab makan sensorang.Selain itu ambil peluang bermanja-manja hahaha  manjala sangat dengan si black yg agak kelabu.

posing jgn tak posing

what r u looking for bebeh? 

2 kaki bertindih

layan budak perasan cute
Budak kecik ni pon manjang menempel dan ajak berjalan..layan jek la..bukan selalu pon..tgk tu perasan cute bergaya dengan new hair clip..feminin la tu konon ;p

Tuesday, May 24, 2011

Gara-Gara Peti Ais

2
Sarapan apa pagi ni? Saya bfast roti canai jer. While makan-makan cerita la among us about itu ini dan ntah camner sorang hamba Allah ni buka cerita about peti ais.Sebelum ni saya sibuk survey psal peti ais untuk saya hadiahkan pada mom saya dan pernahla jugak share the same infos dengan rakan yang duk sebelah meja ni.Tiada niat langsung untuk menunjuk or berlagak ke apa, just share the infos untuk mereka-mereka mendapatkan idea memilih peti ais yang bagus.

Ok back to hamba Allah tadi, dah terkeluar cerita peti ais so daripada amatan tuan rumah sah-sah nak caras kes tuan umah beli beli peti ais sebab statement dia "sebab tu la ada hati nak beli peti ais besar ni!" sambil pandang sinis kat tuan rumah. Hello klau semata-mata nak kuar statement berlagak dan peti engko tu elok jek lagi apa tujuan nak beli peti ais sampai 2-3? Or memang ko berharap peti ais ko tu rosak?!!! Tak ke sengal namanya klau semata-mata nak tunjuk eksen?? Tuan rumah beli peti ais pon bukannya tuan rumah HEBOH 1 donia or cam kucing nak beranak ok. Dah member sebelah tanya "laa, awak dah beli ke?" so tuan rumah jawabla dengan jujur "hmmm beli" masa ni nak jawab beli pon serba salah takut dicop menunjuk so? kes beli peti ais ni pon dah lama..awal tahun lagi.Now dah nak masuk setengah tahun.

So apa motif nak kecoh2? Bukannya tuan rumah boleh p tgk pun rumah awak tu klau awak beli peti ais beso ker? peti ais baru ker? tak berkudis pon badan tuan rumah ok..saya share all the infos n spread the knowledge sebab saya nak semua org mendapat manfaat dan bijak dalam memilih serta membeli. BUKANNYA saya nak berlagak @ menunjuk mampu beli itu ini! Oh manusia! sesungguhnya benarla sabda nabi "Ada seketul daging dalam manusia, jika baik ia maka baiklah keseluruhannya, ketahuilah yakni HATI". 

Sesungguhnya ingatlah untuk terus membersihkan hati daripada hasad dan dengki serta sentiasalah bersangka baik.Moga-moga tuhan mengampuni dosaku sebab meluahkan perasaan disini serta menghapuskan dosa-dosa hamba Allah tadi, semoga dia mendapat hidayah dalam mengawal perasaannya. 

Maaf jika enrty kali ini agak emotional dan bukan niat saya untuk memburukkan sesiapa.Sekadar meluahkan apa yang berbuku dihati ini. >_<  i'm really not happy jika ilmu yang saya sebarkan dicop untuk berlagak dan menunjuk-nunjuk. Saya ikhlas untuk kongsi maklumat. 

Monday, May 23, 2011

Serabut

0
Serabut plak kulit kepala ni bila fikirkan psal wedding plan. 3 months from now. Aku nampak rilek jer tapi dalam hati tuhan saja yang tau. Ya Allah, Kau permudahkan segala urusanku. Ameen. Nak akad jer pun aku dah bersebut lom lagi kenduri beso tombang kerbau, lembu berekor-ekor he3x sabau jer laa..nampak sgt panik >.<

Sunday, May 22, 2011

Induction Cooker

0
Mohon sesiapa yang mempunyai info tentang induction cooker ni share dengan tuan rumah. =) Terima Kasih Daun Keladi.

Saturday, May 21, 2011

Air Disimpan Dalam Kereta Boleh Sebabkan BARAH

0
Air dalam botol plastik di dlm kereta anda, sangatlah berbahaya.

Dengan cara inilah Sheryl Crow mengalami kanser payudara. Dia tampil di acara Ellen show dan mengatakan hal yang sama persis. Hal ini telah diidentifikasikan sebagai penyebab paling utama pada kanser payudara,
terutama di Australia ...

Seorang teman yang ibunya didiagnosa mengidap kanser payudara baru-baru ini. Doktor berkata : wanita tidak boleh meminum minuman yang sudah lama berada di dalam Kereta.

Doktor berkata bahwa hawa panas yang memanaskan bahan plastik dalam botol memiliki bahan kimia tertentu yang dapat menyebabkan kanser payudara. Jadi tolong berhati-hatilah dan jangan minum air dalam botol plastik yang sudah ditinggalkan di dalam Kereta, dan kirimkan ke teman-teman wanita Anda.

Informasi seperti ini sangatlah kita perlukan dan kita harus berhati-hati, dan mungkin akan menyelamatkan hidup kita. Hawa panas dapat menyebabkan toksin/racun dari plastik menjadi bocor dan bercampur dengan air dan mereka telah menemukan racun ini pada jaringan payudara. Sebisa mungkin gunakan gelas stainless steel atau botol kaca.

Biarlah semua orang yang mempunyai isteri atau teman wanita atau anak perempuan mengetahui ini semua.

Thursday, May 19, 2011

Exhausted

0
Penat!
Letih betul klau dah format notebook.Semua benda kena re-install.Hmm untuk bookmark kena update kat google reader jer la senang citer.Absolutely exhausted >.<

Wednesday, May 18, 2011

Masih Mood M++

0
Mood M++ menyerang! Disamping masih mencari kesempatan waktu untuk menulis. At least i can release my stress. Thanks to Mr Soulmate =) kerana menceriakan cuti wesak semalam and congrats sbb dapat jam free + baru + limited edition jenama Tag Heuer tuuu..jelesssss ya amatttt tak per kira jam tu hadiah bagi pihak saya hahahhaah. Will update cite2 tertanggung bila everything in right track. Adioss

Monday, May 16, 2011

Doa Ketika Sedih

0
Memandangkan mood down dan kurang ceria pagi ni, maka saya perlu amalkan membaca doa seperti dibawah bagi merawat luka dihati dan sengsara dijiwa.Moga-moga tuhan memberi ketenangan kepada saya dan berharap dengan doa ini saya akan lebih dekat denganNYA.Insya Allah.Berilah hambaMU ini kekuatan.Ameen


Down

0
Minda down bila saya nampak angka-angka yang tidak memuaskan hati + sedikit terkilan....rahmat tuhan untuk saya mengenal erti sabar + bersyukur. Keciwer


Wednesday, May 11, 2011

Too Many

3
Banyak betol nak dicoretkan tapi tadak kesempatan..mcm2 hal...lappy kena ransomware laa..cuaca panasla...(apa kaitan nya plak..tp klau panas nak ngadap notebook lama2 pon x koser)..moody ngan mr soulmate pon ada gak ni..so macam-macam..akibatnya blog jadi mangsa..nanti dah reda saya update ngan citer2 lapuk hikhik okies all..daaa

Tuesday, May 10, 2011

I'm Back

0
Hi All...
I'm back...letih masih lagi bersisa..so mau rehat-rehat dulu.Ada kelapangan nanti update blog ok.Banyak benda nak kena catch up.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers