Quote Of The Day

Friday, March 25, 2011

Bunuh Diri.Mati Sesat?

Rentetan kes bunuh diri di KB Mall semalam :


Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.” - Riwayat Abu Hurairah

Nauzubillahiminzalik...
Lately macam menjadi trend plak di Malaysia, pendek akal! Ada problem, BUNUH DIRI, itu bukan penyelesaian tetapi lebih mengundang kepada pelbagai masalah.Kenapa membunuh diri? Apa-apa pun alasannya mencabut nyawa sendiri bukan hak kita sebagai hambaNYA. Mana-mana agama sekali pun tidak 'menghalalkan' bunuh diri ni.Pokok pangkalnya, IMAN mesti ada.Mantapkan iman..carilah ilmu agama, dalami dan fahami serta beramallah dengannya.

Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah,” (s.a.w.).(Imam Malik).

Jauhkanlah aku, keluargaku dan keturunanku daripada membunuh diri.Amin ya rabbal-alamin.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers