Quote Of The Day

Tuesday, March 29, 2011

Pembaziran

Syed Qutb rahimahullahu-Taala Tafsirnya (Fi Dzilalil- Quran) menjelaskan bahawa Ibnu Mashud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah Subhanahu Wataala)

Ini bermakna walaupun sedikit sekali yang kita belanjakan, jika bukan kepada tempatnya yang wajar, maka ia tetap dikira sebagai membazir. Tidaklah semestinya banyak atau sedikit itu semata-mata menjadi ukuran kepada perkiraan membazir atau tidak membazir dalam sesuatu perbelanjaan, tetapi keutamaan yang diambil kira ialah tempat dan dimana ia dibelanjakan

Oleh yang demikian maka konsep langkah berjimat cermat dan tidak membazir yang sebenarnya kepada orang Islam itu ialah mengawal perbelanjaan supaya tidak dikeluarkannya kepada perkara-perkara yang tidak diizinkan oleh syara’. Kalau ini tidak dijaga dan dicegahnya percayalah pembaziran ini akan terus berlaku, dan langkah ke arah jimat cermat yang diharapkan itu tidak akan memberikan apa-apa erti lagi.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud;"Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedangkan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”Surah al-Nisaa’ ayat 26-27


Nota Kaki:
Fikir-fikirkanlah banyak mana dah kita membazir. Dan untuk kaum hawa berhentilah shopping yang tidak berkepentingan,hayati pesanan dan amaran yang ESA, kerana setiap harta yang dibelanjakan akan dihitung kelak.Berbelanjalah pada 'Jalan Allah''.Insya Allah akan mendapat barakah dan keberkatan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers