Ok tarik nafas jap...hembus..tarik balik..hembus balik..ok dah!! fuh rehat jap daripada kije-kije 'menulis' untuk training akhir bulan depan di MOF (@_@). So update blog as selingan sebelum sambung dengan tugasan-tugasan yang berlambak@menimbun menunggu untuk dibereskan.
Untuk nota simpanan saya nak rekodkan tentang solat ketika musafir.Sila baca & faham hasil daripada carian saya ini yer.Klau ada salah mohon diperbetulkan dan klau ada yang nak ditokok tambah amat-amat dialu-alukan.Benda baik dikongsi bersama. Moga mendapat manfaat.Insya Allah.
Maksud musafir:
Melakukan perjalanan jauh ke suatu tempat lebih dari dua marhalah(89km++) dengan tujuan baik.
Adab semasa bermusafir:
#Memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.
#Melantik seorang ketua apabila berkumpulan.
#Sunat mengucapkan selamt tinggal kepada orang yang ditinggalkan.
#Tidak melakukan kerosakan terhadap alam sekitar.
#Melakukan solat jamak dan qasar.(ini akan diperincikan)
Hukum bermusafir:
#Wajib: Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib.
#Sunat: Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, dan Masjid Aqsa serta bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi saudara mara.
#Harus: Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.
#Makruh: Bermusafir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta-pesta maksiat.

Solat Qasar
Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”
ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

Contoh Niat
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)

Solat Jama'
Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.

Syarat Solat Jama’
Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).

Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.

Jama’ Taqdim
i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat
أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)
ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

::FAQ::
Afdalkah solat sempurna ketika musafir?
Soalan:
Saya tidak banyak belajar fasal hukum-hukum agama, tetapi komited dalam melaksanakan suruhan Allah, terutama dalam soal solat. Dalam masa perjalanan (musafir), saya lebih selesa solat sempurna, tidak jamak tidak qasar kerana ada masa dan mudah disempurnakan. Lagipun perjalanan sekarang terdapat banyak kemudahan dan keadaan aman tidak diganggu. Ada ustaz kata kepada saya tidak boleh buat macam itu. Semasa musafir perlu qasar dan jamak. Saya celaru. Bolehkah Dato` jelaskan.

Jawapan:
Syabas kerana anda komited melaksanakan perintah Allah. Perkara asas yang perlu kita fahami, bahawa solat fardhu mesti dilaksanakan, walaupun dalam perjalanan (musafir).
Solat dalam perjalanan yang diharuskan syarak, tidak wajib atau tidak mesti dijamak dan diqasar. Hukumnya harus dijamak dan qasar, dan harus di qasar sahaja tanpa jamak. Dan harus dilakukan seperti biasa.
Persoalan cara manakah yang terbaik. Solat tamam (sempurna) tanpa qasar dan jamak boleh dilakukan, tetapi telah ada peruntukan di dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat, jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” (an-Nisa`: 101).
Meskipun ayat di atas menyatakan keharusan solat tersebut berdasarkan suasana yang tidak aman dan dibimbangi diserang oleh musuh, akan tetapi hukum sebenarnya bukan kerana itu diharuskan qasar.
Diharuskan qasar kerana perjalanan ataupun safar. Al-quran menyebut begitu kerana pada permulaan Islam dahulu, keadaannya begitulah, orang Islam sentiasa diganggu gugat oleh musuh.
Diriwayatkan dalam satu hadis: “Ya`ali bin Umayyah berkata kepada Umar al-Khattab, “Mengapa kita masih mengqasarkan solat sedangkan kita sudah aman daripada gangguan musuh?”
Umar menjawab, “Aku pun pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang hal itu, lalu Rasulullah saw menjawab kepadaku bahawa keharusan memendekkan solat ketika dalam perjalanan itu adalah suatu sadaqah atau hadiah Allah kepada hamba-Nya, maka terima sahajalah sadaqah itu. (Muslim).
Adapun jamak (menghimpunkan) solat daripada dua waktu menjadi satu waktu, adalah sabit dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw menjamakkan solatnya, pernah dilakukan jamak taqdim dan pernah dilakukan jamak takhir.
Persoalannya manakah yang lebih afdal solat orang yang musafir? Solat tamam afdal atau solat jamak yang afdal?
Mazhab as-Syafie dan Hambali berpendapat bahawa qasar dan jamak itulah yang afdal, kerana Rasulullah menyebut ia sebagai sadaqah atau hadiah daripada Allah SWT.
Elokkah hadiah daripada Allah SWT itu kita menolaknya? Rasulullah saw dan para sahabat dalam musafir mereka sentiasa mengqasarkan solat.
Sahabat-sahabat Rasulullah saw khususnya Khulafa ar-Rasyidin melakukan yang sedemikian itu.
Mengikut amalan Rasulullah saw sewaktu dalam perjalanan, adalah lebih baik dari menyalahinya.
Meskipun hukum amalan itu disemuafakati tidak wajib. Adalah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, seperti yang saudara persoalkan di atas, menjadi lebih selesa bersolat tamam dan tidak jamak dalam perjalanan.
Akan tetapi sesudah anda mengetahui bahawa Rasulullah saw sendiri pun tidak pernah bersolat sempurna ketika bermusafir, demikian juga para sahabat, maka adakah anda berasa lebih selesa untuk tidak mengikuti amalan Rasulullah?
Lebih-lebih lagi kita ketahui bahawa ia suatu hadiah daripada Allah SWT, maka elokkah hadiah itu ditolak? Siapalah kita hendak menolak hadiah daripada Allah? Maka renung-renunglah. Wallahu a`lam.
Sumber: Bersama DATO` DR HARUN DIN
(Harakah bil: 1581)

Saya masih keliru sehingga hari ini tentang solat jamak dan qasar. Saya berasal dari Johor dan sekarang bekerja di Selangor. Adakah saya boleh jamak dan qasar solat saya apabila saya pulang ke kampung?
Apakah hukumnya membaca doa iftitah semasa melakukan solat sunat? Terutamanya semasa solat sunat Terawih. Adakah kita wajib membacanya setiap kali solat sunat seperti solat fardhu?
Jawapan:
Waalaikumsalam.
Jawapan:
Waalaikumsalam.
Saudari boleh Jamak kerana saudari dikira musafir, tetapi hanya untuk tiga hari sahaja.
Doa iftitah merupakan perkara sunat ab'adh ia tidak membatalkan solat.
Nota : Terlalu banyak persoalan berkaitan solat jama' & qasar ini, buat masa ini saya lampirkan setakat ini sahaja.Insya Allah kemudian hari akan saya kemaskini lagi.Insya Allah.
Labels:
Info