Quote Of The Day

Tuesday, December 28, 2010

Minyak Zaitun@Olive Oil

Merujuk kepada Al-Quran, buah zaitun disebut-sebut antara makanan terbaik dunia.Masya Allah betapa agungnya buah ini disisi Allah Taa'la. 

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-An’am: 99)

Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."

Namun kini makanan sunnah ini jarang diamalkan khususnya di Malaysia, kemungkinan harganya yang agak mahal dan pendedahan tentang kebaikkan minyak ini kurang dihebahkan. Dengan niat mahu mencari barakah/keberkatan dalam pemakanan selain untuk tujuan kesihatan, maka saya mula mencari minyak zaitun yang berpatutan berpadanan dengan harga, kualiti & kuantitinya. Tidak elok jika kita berkira-kira dalam mengamalkan sunnah walhal pakaian/gadget baru mampu dibeli dengan harga ratusan $$$.

Kedai-kedai online sudah pun saya terjah dan juga beberapa pasaraya terdekat sudah diharungi.Harap-harap dipermudahkanNYA dalam mencari yang sesuai dengan budget dan kemampuan saya.Insya Allah.

Note :
Saya akan update dengan entry susulan berkaitan olive oil ini jika saya sudah berjaya membeli/merembatnya o.o 

2 comments:

EMC on May 29, 2011 at 3:20 PM said...

Minyak zaitun sememangnya banyak khasiat, tetapi kena pilih yang Extra Virgin & lebih elok jika "first cold press".

Minyak zaitun berqualiti tinggi adalah dari bumi Palestine, kerana tanah Palestine adalah tanah yang diberkati Allah SWT (Surah Al Isra' ayat #1).

Minyak zaitun 'pomace' tidak sesuai untuk diguna dalam masakan.

Minyak zaitun Palestine Extra Virgin ("first cold press") adalah yang terbaik kerana asiditinya adalah yang paling rendah i.e. 0.4%.

Betul seperti kata anda, kalau gadget beribu RM boleh kita beli, why not we spend a little bit to buy the best olive oil. Lagi pun minyak zaitun adalah minyak yang diberkati Allah SWT(Surah An Nur ayat #35).

MDN on May 29, 2011 at 10:32 PM said...

terima kasih EMC :)
istimewa buah zaitun sehingga disebut-sebut dalam al-quran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers