Quote Of The Day

Saturday, December 18, 2010

Al-Fatihah

Sesungguhnya MATI itu PASTI.Setiap yang bernyawa akan mati dan kembali kepadaNYA. Al-Fatihah buat atuk saudara saya(adik kepada arwah nenek) dan takziah kepada semua ahli keluarga beliau diatas pemergiannya ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh lagi beriman. Ameen.

sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah
Lebih kurang jam 1ptg saya menerima panggilan dari kg memaklumkan kematian beliau akibat kencing manis(diabetis). Terkedu seketika dan saya hilang fokus sejenak(berada ditempat kerja) kerana minda terbayang-bayangkan arwah yang banyak membantu saya. Pertolongan beliau sangat-sangat saya hargai. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak berserta 2 orang cucu ketika usia 60-an. Al-fatihah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers