Salam hujung minggu..
Something to share, khas untuk wanita diluar sana.Awas ketika bershopping pinggan-mangkuk!!!!
Pinggan Mangkuk : FINE BONE CHINA
Kepada Semua Saudara Islam,
Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi
yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay'.
Kepada Semua Saudara Islam,
Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi
yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay'.
Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan 'bahan' telarang untuk mengantikan tanah liat. Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris, dia meminta kami merujuk perkataan 'bone' di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china'.
Menurut beliau, perkataan 'china' dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-mangkuk mereka. Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china' maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain.
Jadi yang perlu diteliti di sini adalah perkataan 'bone' itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya. Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan 'babi' sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.
Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal
berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit. Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif.
Kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian. Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan 'stamp' halal.
Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati dimasa akan datang. Gunakanlah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa
labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat!!
labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat!!
Note : Harap maaf, saya lupa sumber rujukan info ini.Harap tuan punya halalkan.Sharing is caring.
0 comments:
Post a Comment