Quote Of The Day

Wednesday, December 29, 2010

Jama' & Qasar

0
Ok tarik nafas jap...hembus..tarik balik..hembus balik..ok dah!! fuh rehat jap daripada kije-kije 'menulis' untuk training akhir bulan depan di MOF (@_@). So update blog as selingan sebelum sambung dengan tugasan-tugasan yang berlambak@menimbun menunggu untuk dibereskan. 

Untuk nota simpanan saya nak rekodkan tentang solat ketika musafir.Sila baca & faham hasil daripada carian saya ini yer.Klau ada salah mohon diperbetulkan dan klau ada yang nak ditokok tambah amat-amat dialu-alukan.Benda baik dikongsi bersama. Moga  mendapat manfaat.Insya Allah.

Maksud musafir:
Melakukan perjalanan jauh ke suatu tempat lebih dari dua marhalah(89km++) dengan tujuan baik.

Adab semasa bermusafir:
#Memohon petunjuk daripada Allah S.W.T.
#Melantik seorang ketua apabila berkumpulan.
#Sunat mengucapkan selamt tinggal kepada orang yang ditinggalkan.
#Tidak melakukan kerosakan terhadap alam sekitar.
#Melakukan solat jamak dan qasar.(ini akan diperincikan)

Hukum bermusafir:

#Wajib: Bagi seorang muslim yang berkemampuan bermusafir ke Mekah untuk menunaikan haji dan umrah yang wajib.

#Sunat: Bermusafir untuk menziarahi tiga buah masjid iaitu Masjid al-Haram, Masjid al-Nabawi, dan Masjid Aqsa serta bermusafir untuk melakukan perkara-perkara sunat seperti menziarahi saudara mara.

#Harus: Bermusafir ke mana sahaja dengan tujuan yang diharuskan oleh syarak.

#Makruh: Bermusafir ke tempat-tempat yang haram dikunjungi seperti pusat-pusat maksiat atau menyaksikan pesta-pesta maksiat.

Solat Qasar
 
Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.
 
Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)
 
Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.
 
Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.
 
Contoh Niat 

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
  (Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)


Solat Jama' 

Takrifan 


Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
 
Syarat Solat Jama’
 
Solat Jama’ Taqdim 
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
 
Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
 
Contoh Niat 
 
Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)
 
Jama’ Ta’khir 

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)



::FAQ:: 
Afdalkah solat sempurna ketika musafir?
Soalan:

Saya tidak banyak belajar fasal hukum-hukum agama, tetapi komited dalam melaksanakan suruhan Allah, terutama dalam soal solat. Dalam masa perjalanan (musafir), saya lebih selesa solat sempurna, tidak jamak tidak qasar kerana ada masa dan mudah disempurnakan. Lagipun perjalanan sekarang terdapat banyak kemudahan dan keadaan aman tidak diganggu. Ada ustaz kata kepada saya tidak boleh buat macam itu. Semasa musafir perlu qasar dan jamak. Saya celaru. Bolehkah Dato` jelaskan.

Jawapan:

Syabas kerana anda komited melaksanakan perintah Allah. Perkara asas yang perlu kita fahami, bahawa solat fardhu mesti dilaksanakan, walaupun dalam perjalanan (musafir).

Solat dalam perjalanan yang diharuskan syarak, tidak wajib atau tidak mesti dijamak dan diqasar. Hukumnya harus dijamak dan qasar, dan harus di qasar sahaja tanpa jamak. Dan harus dilakukan seperti biasa.

Persoalan cara manakah yang terbaik. Solat tamam (sempurna) tanpa qasar dan jamak boleh dilakukan, tetapi telah ada peruntukan di dalam al-Quran, sebagaimana firman Allah (mafhumnya): “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat, jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang amat nyata bagi kamu.” (an-Nisa`: 101).

Meskipun ayat di atas menyatakan keharusan solat tersebut berdasarkan suasana yang tidak aman dan dibimbangi diserang oleh musuh, akan tetapi hukum sebenarnya bukan kerana itu diharuskan qasar.

Diharuskan qasar kerana perjalanan ataupun safar. Al-quran menyebut begitu kerana pada permulaan Islam dahulu, keadaannya begitulah, orang Islam sentiasa diganggu gugat oleh musuh.

Diriwayatkan dalam satu hadis: “Ya`ali bin Umayyah berkata kepada Umar al-Khattab, “Mengapa kita masih mengqasarkan solat sedangkan kita sudah aman daripada gangguan musuh?”

Umar menjawab, “Aku pun pernah bertanya kepada Rasulullah saw tentang hal itu, lalu Rasulullah saw menjawab kepadaku bahawa keharusan memendekkan solat ketika dalam perjalanan itu adalah suatu sadaqah atau hadiah Allah kepada hamba-Nya, maka terima sahajalah sadaqah itu. (Muslim).

Adapun jamak (menghimpunkan) solat daripada dua waktu menjadi satu waktu, adalah sabit dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw menjamakkan solatnya, pernah dilakukan jamak taqdim dan pernah dilakukan jamak takhir.

Persoalannya manakah yang lebih afdal solat orang yang musafir? Solat tamam afdal atau solat jamak yang afdal?

Mazhab as-Syafie dan Hambali berpendapat bahawa qasar dan jamak itulah yang afdal, kerana Rasulullah menyebut ia sebagai sadaqah atau hadiah daripada Allah SWT.

Elokkah hadiah daripada Allah SWT itu kita menolaknya? Rasulullah saw dan para sahabat dalam musafir mereka sentiasa mengqasarkan solat.

Sahabat-sahabat Rasulullah saw khususnya Khulafa ar-Rasyidin melakukan yang sedemikian itu.

Mengikut amalan Rasulullah saw sewaktu dalam perjalanan, adalah lebih baik dari menyalahinya.

Meskipun hukum amalan itu disemuafakati tidak wajib. Adalah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita, seperti yang saudara persoalkan di atas, menjadi lebih selesa bersolat tamam dan tidak jamak dalam perjalanan.

Akan tetapi sesudah anda mengetahui bahawa Rasulullah saw sendiri pun tidak pernah bersolat sempurna ketika bermusafir, demikian juga para sahabat, maka adakah anda berasa lebih selesa untuk tidak mengikuti amalan Rasulullah?

Lebih-lebih lagi kita ketahui bahawa ia suatu hadiah daripada Allah SWT, maka elokkah hadiah itu ditolak? Siapalah kita hendak menolak hadiah daripada Allah? Maka renung-renunglah. Wallahu a`lam.

Sumber: Bersama DATO` DR HARUN DIN
(Harakah bil: 1581)

Saya masih keliru sehingga hari ini tentang solat jamak dan qasar. Saya berasal dari Johor dan sekarang bekerja di Selangor. Adakah saya boleh jamak dan qasar solat saya apabila saya pulang ke kampung?
 
Apakah hukumnya membaca doa iftitah semasa melakukan solat sunat? Terutamanya semasa solat sunat Terawih. Adakah kita wajib membacanya setiap kali solat sunat seperti solat fardhu? 

Jawapan:

Waalaikumsalam.
 
Saudari boleh Jamak kerana saudari dikira musafir, tetapi hanya untuk tiga hari sahaja.
 
Doa iftitah merupakan perkara sunat ab'adh ia tidak membatalkan solat.


Nota : Terlalu banyak persoalan berkaitan solat jama' & qasar ini, buat masa ini saya lampirkan setakat ini sahaja.Insya Allah kemudian hari akan saya kemaskini lagi.Insya Allah.

Tuesday, December 28, 2010

Minyak Zaitun@Olive Oil

2
Merujuk kepada Al-Quran, buah zaitun disebut-sebut antara makanan terbaik dunia.Masya Allah betapa agungnya buah ini disisi Allah Taa'la. 

Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan penyakit dan ubatnya, dan menjadikan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Maka berubatlah kalian, tapi jangan dengan yang haram.” (HR Abu Dawud) Berdasarkan hadis ini, maka tidak hairanlah mengapa para alim ulama lebih cenderung kepada makanan-makanan sunnah untuk mengubati penyakit-penyakit manusia berbanding ubat-ubat moden yang kandungannya diragui (syubhah).

Firman Allah SWT: “Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkah, yakni pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya berlapis-lapis, Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (QS An-Nur: 35)

Firman Allah SWT: “Dan dialah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu kami tumbuhkan dengan air itu segala macam tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman yang menghijau. Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak; dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjulai, dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah dan kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman.” (QS Al-An’am: 99)

Firman Allah SWT: “Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (An-Nahl:11)

Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda: "Minumlah minyak zaitun dan berminyak dengannya kerana sesungguhnya ia adalah dari pohon yang diberkati." (HR Al-Baihaqi & Ibnu Majah). Di dalam riwayat lain menjelaskan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: "Barangsiap menggosok (badannya) dengan minyak zaitun, syaitan tidak akan mendekatinya."

Namun kini makanan sunnah ini jarang diamalkan khususnya di Malaysia, kemungkinan harganya yang agak mahal dan pendedahan tentang kebaikkan minyak ini kurang dihebahkan. Dengan niat mahu mencari barakah/keberkatan dalam pemakanan selain untuk tujuan kesihatan, maka saya mula mencari minyak zaitun yang berpatutan berpadanan dengan harga, kualiti & kuantitinya. Tidak elok jika kita berkira-kira dalam mengamalkan sunnah walhal pakaian/gadget baru mampu dibeli dengan harga ratusan $$$.

Kedai-kedai online sudah pun saya terjah dan juga beberapa pasaraya terdekat sudah diharungi.Harap-harap dipermudahkanNYA dalam mencari yang sesuai dengan budget dan kemampuan saya.Insya Allah.

Note :
Saya akan update dengan entry susulan berkaitan olive oil ini jika saya sudah berjaya membeli/merembatnya o.o 

Crazy

0
Salam,

Thanks a lot untuk yang mengikuti blog saya ni..nak2 pengunjung tetap atau pon silent reader ada ke hikhikhik. Notting to share sbb mood kerja yang byk nak kena settle melebihi segala mood lain hahah sungguh poyo skali.Cuma untuk selingan saya attachkan vid clip dengan lagu kegemaran saya ni..i <3 R&B huhuhuhu enjoice guys *__*

 

Hmmmmmmmm... hey yea hey... hoooooowhooo... baby

Kind of like a summer's breeze,
you do exactly as you please,
drop a brother to his knees just for fun.
I think it was the first of May,
girl I can't forget the day,
right then and there I knew you were the one.
Do you think that possibly,
you could spend your life with me,
cuz girl this love is growing, and it's hotter than the sun.

[Chorus:]
I get a little bit crazy baby,
everytime you call my name
my heart beats a little bit faster,
after, you are in my arms again.
You try to fight it,
don't even try to hide it,
emotions falling down like the rain,
I can't find the words to explain it,
ain't it, crazy how i fall,
everytime you call my name.

It's kind of like a work of art,
you shot an arrow through my heart,
even though we're worlds apart I can't deny,
it feels like your apart
of me the finish and the start of me,
girl you are the heart of me,
and that's no lie,
did I mention that I love you so,
and I just want the world to know,
if I could you kno I would write your name across the sky.

[Chorus]

Crazy, crazy...
Evertime that your close to me,
I lose control of my sanity,
everynight, everyday, every word and you say,
girl do you know you put a spell on me.

[Chorus]

Crazy,
Everytime you call my name,
I don't know what to do,
I'm so in love with you.
 

Thursday, December 23, 2010

Telefon selular tak cetus barah otak

0
Rumors yang agak hangat dan panas pada suatu masa dulu pernah mengatakan, " telefon selular punca barah otak".Namun kini ia meleset sama sekali.Alhamdulillah.Sila rujuk hasil kajian berikut.

Telefon selular tak cetus barah otak
Oleh Faridzwan Abdul Ghafar


2010/12/23
Frekuensi elektromagnet terbukti selamat

KUALA LUMPUR: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang Gandum, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2010 yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.

Frekuensi elektromagnet telefon selular ini tergolong dalam radiasi tidak mengion, atau Non Ionized Radiation, iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul di badan kita.
Apa yang terhasil daripada radiasi tidak mengion ini hanyalah rasa hangat di
telinga apabila bercakap terlalu lama, katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab soalan daripada Senator Mohd Khalid Ahmad.

Beliau berkata, kajian sudah dijalankan ke atas 5,117 kes barah otak di 13 negara oleh 21 pakar saintis dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan frekuensi elektromagnet telefon selular mengakibatkan barah otak.

KPKK prihatin dengan kebimbangan masyarakat terhadap frekuensi elektromagnet telefon selular yang dihasilkan dalam penggunaan perhubungan saluran telekomunikasi tanpa wayar.
Kebimbangan itu berpunca daripada kurangnya kesedaran dan pengetahuan masyarakat berhubung frekuensi

sumber :  berita harian

Wednesday, December 22, 2010

Cuci Mata

2
Susulan daripada entry smlm disini, skarang baru saya rasa sleepy hikhikhik ngantuk time kije huh i hate that!! Semalam pon payah saya nak lelapkan mata entah kenapa agaknye Sebagai umpan cuci mata kasi segar sket ;p saya ber'blogwalking@BW'. Hehehe mana saya merayau yek utk menyegarkan mata saya ni hurmmmm...KEDAI EMAS ONLINE yeaaaa i like.Bukan saja hilang mengantuk malah naik BUNTANG bijik mata saya hahaha yerlaa cuci mata dengan intan berlian mn taknya tp INGAT!!! saya bukan MATA 2 DUITAN!!! tawwww.Sepantas kilat mata fresh mcm baru lepas titiskan ubat mata like eyemore, optrex & ainun taharah kuikuikui O.O beso camni ker???

crdt to http://kedaiemasnazman.blogspot.com/   
Suka dengan design cincin kat atas tu, simple & elegan. Harga pon elegan tueeee. Now mahal betul harga emas 916,lebih kurang RM152++/gram.But cincin atas tu bukan emas 916 yer.Take note n enjoice dgn design cincin pilihan saya (- -). 

Note : "mode berangan"----------->> bestnya klau dapat cincin risik@tunang@kawin cam design kat atas tu 

Tuesday, December 21, 2010

Sleepless Marathon

2
Sejak semalam 20 dec 2010 hingga hari ini 21 dec 2010 saya masih di office o.O waw!!! Gara-gara tender KPDNKK saya berkampung disini. Alhamdulillah tender telah berjaya disiapkan dan dihantar jam 12.00 pm, tetapi saya masih di office aku suke stay opis ko ;p Tidak pulak mengantuk powernyer mate & badan ku  ^__^ 

Tawakkal jika ada rezeki menunggu untuk tender KPDNKK tersebut. Dengan nilai kos RM8 juta++ adakah syarikat saya mampu untuk mendapatkannya??? Tunggu & lihat jek la =). Thanks buat semua yang berjayakan tender ini. Good Luck Guys!!!

Sunday, December 19, 2010

I'm Not Sleepy

0
Saya tidak mengantuk.Mungkin fikiran saya sedikit berserabut + bercelaru.Jam 3.40am, mata masih buntang dan saya tidak tahu apa yang harus saya buat skarang.May be surfing boleh membantu mata saya untuk tidur.

Saturday, December 18, 2010

Al-Fatihah

0
Sesungguhnya MATI itu PASTI.Setiap yang bernyawa akan mati dan kembali kepadaNYA. Al-Fatihah buat atuk saudara saya(adik kepada arwah nenek) dan takziah kepada semua ahli keluarga beliau diatas pemergiannya ke Rahmatullah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh lagi beriman. Ameen.

sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah
Lebih kurang jam 1ptg saya menerima panggilan dari kg memaklumkan kematian beliau akibat kencing manis(diabetis). Terkedu seketika dan saya hilang fokus sejenak(berada ditempat kerja) kerana minda terbayang-bayangkan arwah yang banyak membantu saya. Pertolongan beliau sangat-sangat saya hargai. Arwah meninggalkan seorang isteri dan 3 orang anak berserta 2 orang cucu ketika usia 60-an. Al-fatihah.

Thursday, December 16, 2010

Me & Soduku

0
Telan ubat batuk mmg mengantuk, payah btol nak focus pada task aku..erkk bukan task aku..aku tolong wat kije org..part aku dah siappppp hahahah cam bagus jek..so tak nak otak ni asyik ingat nak titun jek so aku pon playing with soduku..

Owhhh ^__^ sungguh ketinggalan aku..org lain dah level manager advanced player aku baru terhegeh-hegeh nak berjinak-jinak...nak buat camner aku ni bukan penggemar tegar games. Nak main game pon aku memilih...pilih yg educated games jek kuikuikui yer laa permainan yang mengasah minda..takkan aku nak main games perang2 lak oh!! x seswaiiii selain tu dapatlah aku mengasah minda yang makin lambat pikatnyer )=

B4 tis aku x reti pon main soduku ni..tau nama games jek n games ni melibatkan numbering..tgk UTiup how to play soduku pastu aku d/load laa aplication ni...hahahha cergas plak mata & tangan aku ni  pas install apa lagik try ler main..main la level paling bawah skali..very easy punya level..sempoi!!! berjaya habiskan dan tak la lembap sgt otak aku ni kehkehkeh...

Jgn tertipu ngan timing kat bawah tu yer..sbb aku main jap pastu wat kije n sambung main balik..idoklah sampai 10 minit aku main games ni ;p 


Wanita Inggeris Pertama Menjadi Sultanah

0

Wanita Inggeris Pertama Menjadi Sultanah

Fakta sejarah yang rata-rata rakyat malaysia masih belum mengetahuinya. Saya agak teruja dengan artikel ini. Teruskan membaca yer

Nama asalnya Helen Bartholomew, dilahirkan pada 21 Disember 1889. Beliau telah memeluk agama Islam setelah berkahwin dengan Sultan Ibrahim di Johor Bahru, dalam tahun 1930, dan menukar namanya kepada Helen binti Abdullah.

Pada 18hb November 1931, beliau secara rasminya telah ditabalkan sebagai Permaisuri Johor dengan memakai Sultanah Helen. Sultanah Helen merupakan Permaisuri ketiga kepada Sultan Ibrahim dan menjadi wanita barat pertama ditabalkan menjadi Sultanah.

Sultanah Helen Ibrahim (nama asal, Helen Bartholomew) adalah isteri ketiga Sultan Sir Ibrahim Iskandar Al-Masyhur ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, sultan kedua bagi Johor moden. Baginda merupakan salah seorang yang terkaya di dunia ketika itu. Helen Bartholomew dilahirkan di Glasgow, Scotland. Suami pertama beliau, William Wilson (dilahirkan di Malaya) merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah William meninggal dunia, Helen pulang semula ke Britain.

Sultan Ibrahim sangat pemurah. Baginda pernah menghadiahkan sepasang Malay tigers kepada Edinburgh Zoo dan memberikan hadiah berupa wang tunai yang banyak ketika King George V menyambut perayaan Jubli. Bila Sultan Ibrahim menghantar dua orang anakanda baginda untuk belajar di Britain, baginda meminta jasabaik Helen untuk sama-sama 'mengawasi' mereka. Baginda sering juga melawat mereka dan perhubungan baginda dengan Helen semakin mesra. Mereka berkahwin di Masjid Surrey pada 1930.

Semenjak itu, Helan memakai gelaran Her Highness Sultanah Helen Ibrahim. Sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yang kelima, wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helen diabadikan di atas stem kenang-kenangan. Perkahwinan itu berakhir dalam keadaan baik setelah berlangsung selama 10 tahun. Malah sultan ada menghadiahkan permata zamrud pada hari lahirnya dan berlian pada ulangtahun perkahwinan mereka. Dikatakan bahawa koleksi barang kemas Sultanah Helen adalah yang terbaik di dunia.

Helen kembali ke Scotland dan tinggal di Cambuslang sebelum berpindah ke London. Sekitar 1960an, dia dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di Sauchiehall Street. Selepas itu tiada sesiapa tahu apa yang telah berlaku kepadanya. Namun pada tahun 1980an, sebuah akhbar di Glasgow cuba menyelongkar kembali kisah hidupnya. Walaupun begitu, tidak banyak yang diketahui kecuali penemuan beberapa buah foto sewaktu dia masih bekerja di Glasgow dan ketika dia menjadi Sultanah Johor. Penyelidikan selanjutnya mendapati bahawa dia meninggal dunia pada 13 Ogos 1977 ketika berusia 88 tahun di sebuah rumah jagaan (nursing home) di Surrey.
 
 cdt to cari.com

Apa maksud perkahwinan bahagia?

0

Saya terpanggil untuk copy n paste tentang apa yang saya baca di Harian Metro pagi ni. Bahagia.Mungkin ramai yang masih keliru@tidak jelas@tak tahu@teragak-agak tentang definisi sebenar frasa ini.Dr Adilah Ahmat menjawab persoalan ini.


 ******************************************************************************************************************
SAYA seorang remaja perempuan yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Keluarga saya kecil dan hanya mempunyai seorang adik lelaki. Adik lelaki saya juga menuntut di IPTA. Saya ingin bertanya Dr mengenai apa yang dimaksudkan dengan sebuah perkahwinan bahagia. Saya keliru kerana apa yang didedahkan kepada saya mengenai istilah perkahwinan bahagia tidak sama dengan apa yang dilihat dalam perkahwinan ibu bapa saya.  

Sebagai remaja perempuan, tentu sekali satu hari nanti saya ingin berkahwin dan mempunyai perkahwinan kekal hingga akhir hayat dan pasti tidak inginkan perceraian.Dalam banyak ceramah kekeluargaan, antara resipi kebahagiaan perkahwinan dan rumah tangga ialah kemahiran berkomunikasi, saling memahami dan pengorbanan. Tetapi, ia tidak ada dalam perkahwinan ibu bapa saya.  

Walaupun, ibu bapa saya kekal sebagai suami isteri, rumah kami penuh dengan kesunyian. Ibu bapa membuat haluan masing-masing. Mereka tidak bergaduh, tetapi tidak bergurau senda.Ibu saya selalu tidak mengendahkan bapa dan sering membiarkan bapa membuat halnya sendiri. Contohnya, apabila ibu ingin keluar berjalan dengan saya, dia tidak peduli sama ada sudah beritahu ayah atau tidak.  

Ayah pula terlalu memberi muka kepada ibu. Apa saja yang dikehendaki ibu diturutinya. Ayah tidak pernah membantah permintaan ibu.Saya pernah terdengar perbualan mereka iaitu ayah mahu ibu melahirkan anak lagi, tetapi ibu enggan sedangkan dia tidak bekerja. Memang pelik sikap ibu, tetapi ayah tetap sayang.  

Dari sudut pendidikan, ibu saya tidak berpelajaran tinggi manakala bapa berkelulusan universiti. Mereka berkahwin lebih 23 tahun.Sejak kecil, saya lihat mereka tidak suka keluar bersama-sama, tiada gelak ketawa, malah bapa jarang berbincang mengenai tugasnya dengan ibu.  

Bapa sering seorang diri dan jarang mengikut ibu keluar. Ibu pula sering ke rumah ibunya yang hanya beberapa kilometer dari rumah saya.Adakah disebabkan status pendidikan yang jauh berbeza, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik? Adakah ini bermakna saya kena memilih jodoh yang mempunyai taraf pendidikan lebih kurang sama dengan saya supaya perkahwinan itu tidak menjemukan?  

Saya keliru dan tertanya-tanya sama ada ibu dan bapa saya gembira dengan perkahwinan mereka?Apabila saya berkahwin nanti, adakah perkahwinan itu akan jadi seperti mereka, sebuah perkahwinan yang sunyi sepi? Adakah saya perlu bercinta dulu sebelum berkahwin atau kahwin dulu baru bercinta?  

ANAK SEDIH
Kuala Terengganu
 


PERKAHWINAN adalah sebuah hubungan yang ada kalanya unik. Pasangan yang tidak bahagia tidak semestinya akan bercerai.Ramai pasangan suami isteri mengambil kira banyak faktor untuk mengekalkan sebuah rumah tangga terutama sekali apabila memikirkan kesejahteraan mental dan emosi anak-anak.

Kebahagiaan juga adalah relatif sifatnya, ada suami isteri yang mendefinisikan kebahagiaan perkahwinan sebagai melihat pasangannya gembira walaupun dirinya tidak gembira.Seperti ibu bapa adik, setiap pasangan suami isteri mempunyai cara tersendiri untuk menilai perkahwinan dari sudut kebahagiaan.

Resipi kebahagiaan mengikut mereka adalah ukuran sendiri. Mungkin tingkah laku dan sikap ayah dilihat sebagai terlalu mengikut kata-kata ibu namun ayah adik mempunyai sebab tersendiri mengapa beliau tidak membantah kehendak ibu.

Ayah boleh bersifat lebih asertif dengan meminta ibu memberi perhatian kepada dirinya, melahirkan anak lagi dan tidak selalu ke rumah ibunya.Namun, ayah tidak melakukannya. Sikap ayah ini membuatkan ibu merasakan apa yang dilakukannya adalah betul. Apabila ayah tidak bersifat asertif, dia perlu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan ibu.

Ayah perlu berhadapan dengan kesan daripada sifat dirinya yang tidak asertif dan tingkah lakunya.Dr tidak tahu sama ada ayah dan ibu gembira atau tidak dengan perkahwinan mereka. Yang pasti, mereka mahukan perkahwinan itu berterusan.
Cara mereka berdaya tindak untuk mengatasi konflik rumah tangga adalah berdasarkan keinginan dan keunikan cara tersendiri.Ada kalanya apa yang diinginkan sebuah pasangan tidak sama dengan jangkaan orang luar.

Apa yang sering adik baca mengenai resipi kebahagiaan sesebuah rumah tangga dari pakar perkahwinan atau pakar motivasi adalah sebagai satu panduan.Berdasarkan kajian, resipi ini bersifat benar bagi banyak perkahwinan. Namun ia tidak semestinya benar bagi semua perkahwinan.Ada pasangan yang melihat kebahagiaan rumah tangga dari sudut keinginan mereka tersendiri.

Mengenai perkahwinan adik nanti, apa yang didefinisikan sebagai kebahagiaan banyak bergantung kepada apa yang diinginkan oleh adik dan bakal suami.
Adik boleh menjadikan panduan kebahagiaan perkahwinan sebagai panduan menjalani kehidupan berumahtangga. 
 
Mengenai pertanyaan adik sama ada disebabkan status pendidikan ibu bapa yang jauh berbeza, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik, jawapan kepada perkara ini perlu diteliti lagi. Membuat andaian hanya akan memberi jawapan tidak tepat.

Komunikasi yang baik bergantung kepada banyak faktor. Perbezaan taraf pendidikan boleh menjadi faktor kepada jurang komunikasi tetapi tidak semestinya benar berlaku kepada perkahwinan ibu bapa adik.Ini juga secara tidak langsung menjawab kepada persoalan adik iaitu adakah perlu memilih jodoh yang mempunyai taraf pendidikan lebih kurang sama dengan adik supaya perkahwinan menjadi bahagia.


*****************************************************************************************************************************************
Note : Bahagialah dengan cara,acuan & kehendak sendiri :), semua tips dan resepi kebahagiaan yang diberikan pakar2 adalah sebagai panduan semata-mata.Bahagiakah anda dengan perkahwinan anda sekarang?
 

Wednesday, December 15, 2010

Muharram

0
Alhamdulillah, jap jek dah 9 Muharram 1432.Suk Hari Asyura(10 Muharram) byk amalan sunat yang dituntut. Ni aku nak share info daripada www.ustazmelaka.net.Moga-moga mendapat manfaat.





3 in 1 package

0
Actually dah 3 hari aku tak sihat. Siap package lagi. Sakit badan(urat aku tertarik..kat mana tertarik tu x nak la aku citer..a little bit sensitive O) pastu ditambah plak dengan batuk berkahak dan yang paling mencabar minda, gatal kerongkong dengan free hilang suara. Tak ke package namanya tu..seksa o tp aku tetap bersyukur sbb masih boleh dikira sihat dibandingkan dengan hamba Allah yang mempunyai penyakit kronik dan lebih teruk daripada aku skarang.Alhamdulillah.

Yang paling tak tahan gatal kerongkong ni..masya Allah nak jek aku garu tekak aku ni dengan berus@garfu..kikis semua kuman yang duk menepek kat lubang tekak aku ni..dah mcm2 aku telan tuk selesakan tekakku ini..strepsil?Jujubes?Air Suam? Lozenges?Pastille? sumer dah tibai ko0o..bertahan kejap pastu back tu menggatal arghhhh..sabau jek la labu..


Satu lagi yg seksakan hidupku bkn seksi yer sakit urat. Dah siap berurut..alhamdulillah lega tapi tak baik sepenuhnya lagik..bengkak dalaman dah surut tp sakit tu still melekat kat aku..tak leh nak rukuk/tunduk..korang boleh bayangkan tak? aku solat pon sambil duduk dikerusi :( 
Cepatla baik..x sanggup dah ni..skrang baru aku tau apa itu NIKMAT bkn nik aziz bin mat ok .Sesungguhnya semua ni menguji kesabaran & keimanan aku. Masih lagi bersyukur. =)


Bagi yg ada tips berkesan n murah leh la rekemen kat aku ni...

note : ubat batuk sunex cough syrup dr klinik ready kat jln ipoh perghhh mmg power..berketui-ketui kahak yg kuar..erkkk tp bagusla sumer tu kuar..wat toksik badan aku jek klau simpan yerkkk 

Tuesday, December 14, 2010

Lain dicari lain dibeli

0
Yang dicari tetikus brand A4Tech  yang dibeli plak tetikus brand Logitech. Tak ke haru namanya. Tak kisahlah brand apa2 pon yang penting skarang mmg aku sesangat memerlukan tetikus ni. Tak mesra alam aku ngan touchpad tuk wat kerja-kerja perkeranian aku ni ar.Nak cari brand A4tech sbb opismate bgtau dia dah guna 4 thn daa..lasak giler..so aku pon berangan la nak carik juga the same brand tp skali tak der daaa...mouse aku b4 this cap ayam jek..mampu bertahan 2 thn jek..ni aku dah rembat yg mahal sket ni harap2 laa bertahan seumur hidup hahahah berangan laaa nak bertahan seumur idup

Cite pasal tetikus ni tak berangan pon nak beli wireless mouse, yg aku nak retractable mouse tp tak byk pilihan tikus kat JJ ni so aku rembat jek la janji selesa ditapak tanganku yg comei ni..hikhikhik pikio2 bagus jugak wireless ni tak laa berserabut ngan wayar2 bagai..almaklumla aku ni kelam kabut sket..so ni kira blog untuk set tarikh pembelian mouse ni la yek..nak tgk brp lama boleh bertahan so today 14 Dec 2010, tunggu brp thn tetikus tak berwayar ni dapat idup. Harap2 lama laaa..idokla membazir RM89.90 pulus aku tadik...erkkkk mouse paling mahal aku rembat sepanjang menggunakan computer gadget2 ni..huishhhh jgnla membazir yer.. 

mouse tanpa ekor...aikk silap tanpa wayar yer :)

Baby baby baby ohh

0
 


Ohh wooaah (3x)
You know you love me,I know you care
Just shout whenever, And I'll be there
You want my love, You want my heart
And we will never ever ever be apart

Are we an item? Girl quit playing
Were just friends, What are you saying
Said theres another, Look right in my eyes

My first love broke my heart for the first time,
And I was like
Baby, baby, baby ohhh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine,mine (oh oh)

For you, I would have done whatever
And I just can't believe, we ain't together
And I wanna play it cool, But I'm losin' you
I'll buy you anything, I'll buy you any ring
And im in pieces, Baby fix me
And just shake me til' you wake me from this bad dream

Im going down, down, down, dooown
And I just cant believe my first love would be around.

And I'm like
Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Justin Bieber Baby lyrics found on http://www.directlyrics.com/justin-bieber-baby-lyrics.html


Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohhh
I thought youd always be mine, mine

Luda
When I was 13, I had my first love,
There was nobody that compared to my baby,
And nobody came between us or could ever come above
She had me goin' crazy,
Oh I was starstruck,
She woke me up daily,
Don't need no Starbucks.
She made my heart pound,
And skip a beat when I see her in the street and,
At school on the playground,
But I really wanna see her on the weekend,
She know she got me gazin',
Cuz she was so amazin',
And now my heart is breakin',
But I just keep on sayin'...

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

Baby, baby, baby ohh
Like baby, baby, baby noo
Like baby, baby, baby ohh
I thought youd always be mine, mine

(I'm gone)
Yeah, yeah, yeah (6x)
(Now Im all gone, now im all gone, now im all gone)
Gone, gone, gone,(gone)
I'm gone.


Note : Buat mr soulmate, i tujukan lagu ni utk u like dj lak

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432

0





Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk menyambut tahun baru hijrah 1432. Moga-moga Tuhan mengampuni dosa-dosa yang setahun yang lepas dan berharap tahun ini dan tahun-tahun akan datang lebih diberkati dengan limpah dan rahmatNYA. Ameen. Salam maal hijrah 1432.
Posted by Picasa

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun.Haramkah membacanya??

0
Sumber :
1. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/10.html
2. http://aljoofre.blogdrive.com/archive/11.html

Oleh : Ustaz Syed Abdul Kadir al Joofre
Terbaca di beberapa blog dan forum baru-baru ini, memandangkan hampirnya kita memasuki tahun baru Hijrah, berkemundang sekali lagi seruan bahawa bacaan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun merupakan satu bid’ah yang jelas haram di sisi Islam. Benarkan apa yang dihebohkan ini? Kalau benar mengapa saban tahun setiap jabatan agama negeri tidak pernah menghalang sambutan ini? Adakah tok mufti dan semua ustaz yang berada di setiap jabatan agama ni bersekongkol dalam kesesatan? Sama-sama kita kaji..

Biasanya apabila kita tidak mengetahui asas bagi satu masalah, maka kita akan mudah membuat keputusan yang salah. Asas dan sebab bagi satu masalah merupakan kunci bagi kita untuk mendapatkan jawapan bagi masalah tersebut. Di sini kita perlu mengkaji dua masalah. Mengapa dibaca doa akhir dan awal tahun. Seterusnya mengapa pula satu golongan lagi cuba untuk mengharamkan perbuatan ini.

Asas pendapat pertama kita lihat dari sudut amalan para ulamak berkurun lamanya bukan sahaja di nusantara malahan di banyak lagi tempat di dunia, yang mengamalkan berdoa di akhir dan awal tahun. Apakah asas mereka? Jawapannya yang ringkas, bukankah kita semua mengetahui bahawa beredarnya bulan dan tahun ini merupakan tanda kekuasaan Allah? Maka tidak layakkah kita sebagai hamba yang lemah memuji Allah apabila kita memerhatikan kebesaranNya? Seterusnya, bukankah molek kalau kita akhiri akhir tahun kita dengan memohon ampun atas kesalahan kita sepanjang tahun lalu, dan seterusnya memulakan awal tahun baru, dengan berdoa kepada Allah agar tahun yang mendatang dipenuhi rahmah dan maghfirahNya? Doa itu senjata mukmin. Maka gunakanlah senjata ada sebaik mungkin.

Asas pendapat kedua. Bid’ah dholalah (atau kata mereka bid’ah secara mutlak) adalah mengadakan sesuatu yg baru yang tiada asasnya langsung dalam agama. Itu kata kita. Ada di kalangan mereka yang menyalah erti bahawa bid’ah adalah sesuatu urusan agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Namun sangkaan ini amat tersasar dari kebenaran berdasarkan terlalu banyak dalil menunjukkan keharusan perkara dalam agama yang tidak dilakukan oleh Rasulullah seperti menghimpunkan Al-Quran dan azan solat jumaat sebanyak dua kali yang dilakukan oleh Saiyidina Usman. Maka diistilahkan pula oleh Imam Syafie dan para mujtahidin yang lain perkara ini sebagai bid’ah hasanah. Malah diklasifikasikan pula oleh Imam Nawawi bid’ah kepada 5 hukum taklifi yang ada. Mereka kata klasifikasi ini klasifikasi dari sudut bahasa, namun jika kita kaji bid’ah dari segi bahasa bukanlah yang dimaksudkan oleh Imam Syafie dan yg lain, tetapi bid’ah dalam agama.

Apapun yang diistilahkan kita sepakat mengatakan bahawa perkara yang dibaharukan yang tiada asasnya langsung dalam agama hukumnya haram dan bid’ah yang dholalah. Nah, sekarang mereka membuat pula satu kaedah. Jika satu ibadat itu dilakukan pada satu waktu tertentu atau hari tertentu atau bilangan tertentu tanpa ada hadis yang warid dari Rasulullah s.a.w. maka ianya dikira sebagai bid’ah (baca bid’ah dholalah) dan haram. 2 asas inilah yang dipegang menjadikan bacaan doa akhir dan awal tahun sebagai haram.

Maka apa pula komentar bagi kedua-dua hujjah kedua-dua golongan ini ya?

Perbincangan bagi hujjah pendapat yang pertama. Dikatakan bahawa memuji Allah apabila memerhatikan kebesaran-Nya. Benar. Namun cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur itu perlukan petunjuk dari Allah dan Rasul-Nya s.a.w. Bukannya mengikut fikiran kita semata-mata. Adakah berdoa tersebut cukup untuk menghapuskan segala dosa yang berlaku di sepanjang tahun. Kalau begitu mudahla, Buat dosa banyak-banyak. Akhir tahun doa jelah. Lagipun kalau doa ni pun da bid’ah dan berdosa, sebenarnya bukan hapuskan dosa tapi tambahkan dosa lagi.

Jawapan kepada perbincangan ini. Cara kita menunjukkan pujian dan bersyukur adalah diharuskan selagi mana tidak melanggar syara’. Sebanyak mana pun kita bersyukur takkan cukup dengan nikmat yang Allah beri. Lagipun kita bukan bersyukur mengikut fikiran kita semata-mata, tetapi berdasarkan kepada petunjuk Allah dan Rasul-Nya jugak kan. Bukankah berdoa ini satu cara yang ditunjukkan dan diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Bukannya kita sambut dgn konsert atau pertunjukkan bunga api.

Berkenaan doa boleh menghapuskan dosa atau tidak tersebut, urusan tersebut diserahkan kepada Allah. Sesungguhnya Dialah yang memerintah kita supaya berdoa dan Dialah yang memakbulkan doa dan mengampunkan dosa. Ini merupakan usaha kita yg diperintah oleh-Nya. Hujjah buat dosa banyak2 kemudian berdoa adalah hujah yang dangkal, kerana tiada siapa yang mengetahui selama mana hayatnya. Juga ia seolah-olah mempermain-mainkan mereka yang berdoa setiap hari agar diampunkan oleh Allah. Mengapa tidak tunggu tua sahaja baru berdoa. waktu muda buat dosalah banyak2. Hujah yang amat cetek dan tidak perlu dihiraukan, tetapi perlu dijawab kerana banyak antara mereka yang cetek ilmu, tapi mengaku berilmu. Semua kita sepakat bahawa melakukan perkara yang dilarang oleh syarak secara pasti dan mesti adalah haram. Jadi mengapa perlu dipersoalkan perkara begini. Tetapi kita sebagai manusia yang tidak maksum pasti tidak akan lari dari kesalahan. Jadi kita perlu dari masa ke semasa meminta pengampunan dari Allah s.w.t. Niat melakukan dosa dengan harapan berdoa di waktu lain agar diampunkan adalah niat yang jelas salah dan terlarang.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua pula.

Perbincangan hujjah pendapat yang kedua. Apakah asas-asas yang diiktiraf dalam menentukan hukum dan adakah doa ini tiada asasnya langsung dalam agama? Para ulamak telah berselisih dalam perkara ini, namun mereka sepakat menentukan bahawa Al-Quran, Assunnah, Ijma’ dan Qias secara umumnya adalah asas dalam menentukan hukum. (kecuali beberapa ulamak zahiri dan syiah yang menolak terus qias). Mereka pula hanya menganggap Al-Quran dan Assunnah dan ijtihad para mujtahidin berdasarkan dua sumber ini merupakan asas. Walaubagaimanapun kedua-dua masalah ini tidakla jauh bezanya jika difahami dengan betul. Jadi persoalan sekarang adakah di sana asas bagi doa ini dibaca?

Secara ringkasnya asas bagi berdoa secara umumnya adalah ayat-ayat Alquran dan Assunnah yang terlalu banyak menerangkan perintah berdoa tak kira masa dan tempat. Perintah2 ini tidak boleh kita khususkan kepada doa yang warid dalam alquran dan sunnah semata-mata, kerana ia dikira sebagai mengkhususkan sesuatu yg umum tanpa pengkhususnya. Selain itu warid dari Hadis2 dan asar para solihin keharusan berdoa selain dari yg warid mengikut keperluan kita asalkan tidak bercanggah dengan syarak.

Asas seterusnya dalam berdoa ini adalah berdasarkan maslahah (yang juga sumber perundangan hukum islam). Maslahah yang rajihah (yang boleh diguna pakai) dalam perkara ini ditentukan oleh para ulamak terdahulu bukan menurut pemikiran kita semata. Maslahah ini lebih jelas di zaman kita yang mana ramai di kalangan masyarakat kita sudah jauh dari ajaran Islam dan tidak reti berdoa lagi. Malah di tahun baru ini pun mereka tanpa segan silu membuat kemaksiatan. Bukankah molek jika kita menyeru mereka berdoa di waktu begini?

Jadi apabila ada asas-asas yang disebutkan maka kita tidak boleh menyebut amalan berdoa ini sebagai satu perkara bid’ah yang sesat. Malah boleh kita masukkannya di dalam bid’ah hasanah yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Mereka juga menyatakan bahawa sesutu ibadat seperti zikir dan doa itu perlu menyamai Rasulullah dari sudut bilangan, masa, hari dan tempat. Sesuatu yang bercanggah dengan salah satu darinya adalah haram. Kita pula menjawab, di manakah dalil kepada penyataan ini? Ulamak terdahulu tidak pernah membuat kaedah sebegini. kaedah yang ada adalah, ibadat tidak menyalahi dari apa yang Rasulullah tunjukkan. Jangan Rasulullah bersolat subuh 2 rakaat kita bersolat 3 rakaat, kerana nak pahala lebih. Itu yang salah. Adapun berdoa dan berzikir di waktu yang tidak warid Rasulullah berzikir pada waktu tersebut adalah tidak diharamkan. Kerana Rasulullah sendiri sentiasa berzikir dan berdoa. Selain itu perintah berzikir berdoa tidak pernah mengkhususkan masa dan tempat. Tiada salahnya jika kita hanya mengaji Al-Quran selepas maghrib setiap hari dan memerintahkan pula anak-anak kita berbuat sedemikian, walaupun tidak warid dalam hadis Rasulullah ada mengkhusukan begitu. Itu kita sepakat bukan. Jadi mengapa kita mengkhususkan pula sebelum maghrib akhir zulhijjah untuk berdoa dikira sebagai sesuatu perbuatan yang haram?

Hujjah mereka seterusnya adalah kebaikan sesuatu perkara adalah berdasarkan al-Quran dan As-sunnah. Maka kita katakan bahawa kebaikan berdoa ini juga adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah yang menyuruh kita berdoa tanpa mengira waktu dan tidak pernah pula melarang kita berdoa di waktu2 tertentu. Maka kita simpulkan bahawa berdoa awal dan akhir tahun ini merupakan perkara yang baik menurut syara’. Bid’ah mustahabbah kata Imam Nawawi.

Kesimpulan:

Doa di awal dan akhir tahun merupakan sesuatu perkara yang baik dan harus dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat, namun ia bukanlah perkara yang wajib. Anda hendak berdoa, berdoalah di setiap waktu dan ketika. Setiap waktu dan ketika itu termasuk juga padanya doa di awal dan akhir tahun. Berdoalah semoga dosa kita di tahun yg lalu diampunkan dan amalan kita diterima. Jua berdoalah moga di tahun baru ini kita dibantu melawan syaitan, nafsu yang menyeru kejahatan serta dibantu melakukan amal ibadat sebanyak mungkin.

Wallahu A’lam

Wasallallahu ‘Ala Saiyidina Muhammad Wa’ala Alihi Wasohbihi Ajma’in, Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin
 

Tak Sabar Tunggu Esok

0
Tak sabar tunggu esok ;>

Saturday, December 4, 2010

Hati-Hati Dengan Pinggan Mangkuk

0
Salam hujung minggu..
Something to share, khas untuk wanita diluar sana.Awas ketika bershopping pinggan-mangkuk!!!!

Pinggan Mangkuk : FINE BONE CHINA

Kepada Semua Saudara Islam,
Saya terpanggil untuk memberi sedikit maklumat untuk pengetahuan saudara semua. Hati-hati ketika membeli pinggan mangkuk yang tertera di bawahnya Fine Bone China atau Bone China. Ini kerana pinggan mangkuk tersebut kemungkinan besar dibuat daripada tulang-temulang babi
yang telah dibakar dan dihancurkan menjadi serbuk dan diadun menjadi 'clay'.

Proses yang sama digunakan untuk membuat pinggan daripada ceramic cuma ia menggunakan 'bahan' telarang untuk mengantikan tanah liat. Untuk pengetahuan semua, perkara ini telah dimaklumkan kepada saya oleh seorang pensyarah berbangsa Cina. Waktu saya sedang mengikuti kelas bahasa Inggeris, dia meminta kami merujuk perkataan 'bone' di dalam kamus Bahasa Inggeris terbitan Longman dan kemudiannya meminta kami menerangkan apa maksud 'bone china'.

Menurut beliau, perkataan 'china' dirujuk sebagi pinggan mangkuk bermula sewaktu zaman kapal dagangan di mana negara China memang terkenal dengan pembuatan pinggan-mangkuk mereka. Jadi nama China memang sinonim dengan pinggan-mangkuk. Manakala 'bone china' maksudnya adalah cups, plates, etc., made of fine white clay mixed with crushed animals bones; a kind of porcelain. 

Jadi yang perlu diteliti di sini adalah perkataan 'bone' itu sendiri yang membawa maksud bahan yang terkandung di dalam pembuatannya. Tujuan mereka menggunakan tulang tersebut adalah kerana hasilnya lebih berkualiti dan halus. Warnanya juga lebih putih dan ringan. Biasanya pengeluar produk ini adalah negara2 yang merupakan negara yang menjadikan 'babi' sebagai sumber protein di dalam menu harian mereka.

Jadi kesimpulan yang boleh dibuat, tulang-tulang ini kemungkinan besar adalah dari sumber tersebut. Walau bagaimana pun, pinggan mangkuk dari sumber ini dijual agak mahal
berbanding porcelain biasa, mungkin bahan dan prosesnya lebih rumit. Ia biasanya akan dipamerkan di atas rak-rak yang eksklusif.

Kepada semua berhati-hatilah ketika membeli pinggan-mangkuk untuk kegunaan kita seharian. Terfikir saya, apa agaknya kesan kepada kita dan anak-anak jika mengunakan produk ini setiap kali menikmati sajian. Sebagai umat Islam saya rasa terancam dan kesal kerana pinggan mangkuk import ini tidak mungkin datang dengan 'stamp' halal. 

Oleh itu terpulang sepenuhnya kepada kita untuk lebih berhati-hati dimasa akan datang. Gunakanlah tisu, untuk memegang pinggan tersebut sekiranya anda was-was dan periksa
labelnya telebih dahulu. Biarlah pakai pinggan murah, asalkan berkat!!

Note : Harap maaf, saya lupa sumber rujukan info ini.Harap tuan punya halalkan.Sharing is caring. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers