Esok will be my last day (*_____*) mmg sangat2 tak sabar sbb lepas tu (khamis) saya akan balik kampung. Ambil masa 1/2 hari untuk settle segala urusan sebelum ke tempat baru insya Allah. Selesai jer semua saya akan bergegas ke Kedah untuk pick up mr soulmate pastu lalu GRIK untuk balik ke kampung halaman. Wah3x meredah 1/2 daripada Malaysia nampak gayanya. Oh Tidak Sungguh tidak sabar untuk travel.
Mr Soulmate is here untuk sehari dua ni kerana urusan di Putrajaya(meeting) dan beberapa hal lagi. Petang ni balik Kedah. While bfast dengan dia pagi tadi..dia inform yang dia mungkin berada di Kedah selama satu tahun setengah lagi.WHAT!!! aduhhh sedih betul mendengarnya. Take over 'project sakit' memang menyakitkan. Tempiasnya SAYA!!! Plan asal awal tahun ni habis projek tapi inila kesudahannya. Sabar & Redha jer laa untuk sejukkan hati sendiri.
Mr Soulmate offer saya(bayarkan tambang) untuk balik kg dengan flight atau dia turun KL balik untuk pick up saya tapi bila saya fikir-fikir balik(tambang Air Asia dalam RM136-murah dah tu) tak sampai hati plak biarkan dia sensorang drive angkut barang saya dan hantar ke kg sementara saya bersenang-lenang ala2 lenggang kangkung. bawak diri di awan biru.
Klau dia turun KL plak aduh haiiiii penatnya dia..now dia pun dah 'berserabut'..telefon yang tak berhenti berbunyi..sms yg masuk bertubi-tubi..appointment sana sini membuatkan saya tak sampai hati. Belum fikir letih kerja dia lagi..so jalan terbaik saya drive and pick up dia di Kedah selain bagi dia masa untuk settle semua kerja dan hal-hal lain. Moga-moga saya larat untuk meredah PLUS sepanjang Khamis tu.
Untuk esok plak notting special..farewell dah celebrate kat secret recipe and tunggu detik-detik bekerja tamat sahaja sehingga jam 5.15pm hehehe..tak ader 'wasiat' kritikal untuk saya serahkan cuma e-mail everybody saja sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.4 tahun setengah..masa yang lama untuk bertahan dalam satu-satu syarikat. Diharap segala ilmu dan tunjuk ajar menjadi bekalan untuk saya pada masa-masa akan datang.
Labels:
Uncategorise