Quote Of The Day

Friday, October 28, 2011

Watammat

0
Alhamdulillah salah satu azam tahun ni berjaya ahkak tunaikan.Lelain azam tu cam ke laut jer erkkk..apa-apa pun ahkak syukur pada Ya Tuhan.26.10.2011 berjaya khatam kitab maha suci yang ke-2. Awal tahun baca, budget bukan puasa dpt khatam tapi hampehhh ahkak ni...namun berjaya sebelum raya haji.Moga-moga bacaan ahkak makin baik dah makin lancar. Insha Allah pasni teruskan membaca kitab suci Allah itu kerana ia adalah Kalamullah.




Thursday, October 27, 2011

Hadiah Of The Month

0
Firman ALLAH SWT bermaksud : “ Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya ALLAH mengetahuinya. (Ali Imraan : 92)

ULASAN AYAT:
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Kekayaan yang sempurna ialah apabila kita memperolehi keberkatan harta, keberkatan harta hanya akan diperolehi dengan cara menginfaqkan harta ( sedekah harta ). Malah lebih diberkati jika kita mengeluarkan harta yang paling kita sayangi. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Berikut adalah sebahagian yang akan disampaikan kepada penerima yang layak..insha Allah







Thursday, October 20, 2011

Self Reward Part 2 : Part of the wishlist

0





Self Reward Part 1 : Time is precious

0








Friday, October 7, 2011

Shopping Wish List

0
one of my wish list but with silver color
ini juga
Sayanggggggggggggggggggggggggnya nak kuarkan duit untuk beli 2 benda ni huhuhuhu so masih dalam pertimbangan -____________________-

Wednesday, October 5, 2011

Cabaran Besar

0
 
Perlu ker saya highlightkan saya ni background system and totally no idea about network? Ada pros and cons nya..may b dalam kepala otak dorang fikir "dah kije blaja jer laa..tak kisahlah u background apa..blaja..kije wat cara kije". So saya tak nak fikir apa dalam kepala dorang, yang saya perlu fikir dari mana dan bagaimana hendak memulakannya. Itu lebih byk cons dan bercas positif.

Berat? Sukar? Susah? Mencabar? Oh itu saya tak nak komen. So far as a layman person saya try grab mana yang saya mampu dulu..fahamkan the architecture, flow, process and so on. After that baru saya akan selami secara details. Ini cabaran besar untuk saya dalam dunia pekerjaan. Like start from ZERO

Tuesday, October 4, 2011

STOP using FISH THERAPY!

0
Saya pernah post abt Terapi Ikan disini. Namun hari ini saya baca tentang ini.

"2011/10/04ABU DHABI: Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan.

Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama seperti ikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.
Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.
Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.

“Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV,” kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.

 Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi
"  

So STOP using FISH THERAPY!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers