Quote Of The Day

Friday, August 5, 2011

I'm Back With New Spirit

Wah3x banyaknyerrrrrrrrrrrrrrr habuk kat blog ni..kena tinggal hampir 3 minggu sungguh usang skali...

Salam readers..

Banyak betul cite2 yang hendak dikemaskinikan dan dicoret tapi masa amat kurang mengizinkan. Bertitik tolak pada hari terakhir saya di syarikat lama,perjalanan pulang ke kampung, percutian di kampung halaman, report duty @ new place, induction week dan sekarang menjejakkan kaki ke ruang kerja baru dengan tugas baru di bulan Ramadhan penuh mulia + berkat ini. Masya Allah semuanya sungguh pantas dan segalanya berjalan dengan baik sekali.Ameen.

Hari terakhir di syarikat lama hanya ditinggalkan dengan 'jejak email' semua kakitangan. Memandangkan cawangan di KL adalah kecil dan staffnya juga ciput maka perasaan sedih tu tidak terasa sangat. Namun sebagai tanda ingatan dan penghargaan saya e-mail semua orang untuk mengucapkan terima kasih dan mohon kemaafan jika ada sebarang kesilapan sepanjang perkhidmatan saya selama 4 tahun 6 bulan. Satu jangkamasa yang lama bukan?

Tak sangka company bagi hadiah kat saya tapi malangnya lupa nak snap gambar #__# It's a big parcel tapi small item inside hahahah ni mesti kes nak pedajal saya ni *,* anyway thank you so much!! appreciate it very much! Isinya sepasang kain cotton with plain kuning biji kundang color. A bit dull for me. Tapi dah orang kasik tu saya hargai dan terima sahaja. 

Bawak balik ke kg tunjuk kat mak..aseyyy man..mak plak berkenan so saya kasik jek laaa...idoklah jadi bahan peraman saya hehehe..tak taula apa plan mak saya dengan kain tu. Adakah akan menjadi sepasang baju? atau sarung bantal? atau sarung tilam hahaha atau apa2 sarung yang sesuai...hahha kejamnya kain pasang jadi sarung-sarungan he3 

Tu jerlaa citer2 terkahir di syarikat lama..sempat salam ngan ahkak2 senior saja (@,@)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers