Quote Of The Day

Thursday, August 25, 2011

Ketinggalan

0
Assalamualaikum..

Berkesempatan update blog. Baru ahkak perasan yang ahkak lupa nak ucapkan "salam ramadan" salam terakhir dan macam-macam salam lagi..ini gara-gara kebizian yang melampau-lampau dan meluwap-luwap..yerlaa padam muka ahkak sendirik..sapa suh join new company time poser..kan dah tak terkejo..sian ahkak dek non..tapi sabar jek la..ada hikmah dah dugaannya..insya Allah ahkak percaya itu semua signal Ya Maha Esa untuk ahkak..ahkak redha dan berlapang dada.

Ni ari ahkak ada masa update blog sbb kije ahkak stuck..so dah puas membaca dan sambil melayan lagu raya ahkak pk baik ahkak update blog..banyak betul ahkak nak cheriter tapi x tau lagu mana ahkak nak mula..yang pasti cite pasal kije ahkak n raya...cite poser lak..alhamdulillah so far lum lagi berlobang poser ahkak ni..harap-harap pecah rekod laa klau ahkak x tinggal poser tahun ni hik3..

Psal raya plak..hmmm sedey betui cite psal persiapan raya ni..sedih tuk diri sendirik..sbb apa? sbb ahak punya barang hanya ada BAJU RAYA SAHAJA dik oi...kasut ker tudung ker..hengbeg ker tu sumer TADAK lagik!!!..untuk family siang2 ahkak dah belikan sampai untuk mr soulmate pun ahkak dah sopping baiknya gepreng dia ni ahaks tak tau la kenapa yang pasti x excited sangat nak beraya..excited nak balik kg jer..tapi duit raya dan kuih raya ahkak dah siapkan awai he3 cuma kek jek la ahkak lum buat sbb kat kg baru plan nak wat..kan tak pepasal kek ahkak berkulat klau wat awai2..yer laa ahkak wat kek x pakai pengawet sbb tu kek ahkak cepat kulat...baju raya tu ada 3 pasang jek la..tempah before poser ni..tak tau la berapa yang siap..yang pasti ahkak tetap syukur sbb ada ngak baju raya..ramai lagi yang tak berbaju raya..so ameen syukur padaMU.

Packing-packing sumer pun ahkak dah siapkan cuma tinggal 1 baju bag baju ahkak je..mlm ni sempat lagi nak packing..tarikh nak balik je lom confirm sbb driver a.k.a mr soulmate ahkak lom bagi kata putus lagi..bertuah punya boyfriend!! dia bz cik jah oi..smlm bertolak ke trg dan x tau la bila dia nak mai amek ahkak kat kl ni..adehhh sabau jer la..yang pasti paling awai jumaat mlm ahkak bertolak balik dan paling lewat sabtu pagi ni kes klau dia x leh amik ahkak..so ahkak akan bertolak sendirian =(  tapi ahkak harappppp sangatttttttttttttttt22 dia dapat mai amek ahak sbb ahkak nak pass barang yang ahkak dah beli tuk dia..dia tu hidup atas jalan jek..yer laa keep on moving ke sana sini..hidup atas jalan la..bkn wat umah atas jalan tau hik3..

oklah ahkak nak stop sini dlu...rasanya dah banyak ahkak bebel2..ermm baru prasan yang dah lama blog ahkak sunyi tanpa photo yek...tadak masa nak menyENAP laa..

nota kaki:
balik opis nanti ahkak nak MENYOGO(sopping kat sogo) ops MENGVALLEY(sopping kat mid valley) kasut raya klau terjumpa yang berkenan dijiwa la..doa2 laa ahkak terjumpa yang memikat kalbu yer...hihihi

Tuesday, August 16, 2011

Rasa Cam Tak Bernafas

0
Sounds like cam dah nazak hahaha..alhamdulillah masih sihat lagi..tak bernafas tu time meeting tadi..i just got 3 new task with 1 previous work yang masih belum settle. Belum settle not because of me but it's about 3rd party punya task. I only can proceed when they finish their work 1st.

Ok back to new assigment tu..yang jadi kurang napas tu sbb ia melibatkan masa yang sangat kritikal..yer laa cik jah..lagi 2 weeks nak raya kan so pepaham jerk la..haishh sungguh mencabar minda dan keupayaan fizikal ahkak tau..apa2 pun moga dipermudahkan segala urusan..letih tak yah cakaplaa..so no more complaint..just adapt with the new environment and task..smile always and stay COOL. hehehe macam bagus giler.. 

I love busy like a beesssssssssssssss...veeee terbang n keep on terbang

Letih btol

0
For this fasting month saya kuar rumah b4 6.30am sebab klau lambat sket jer sure jalan jem yang amat..boleh sampai office 8.00++ wahhh3x saya sungguh penat. Balik awal pun tapi sampai rumah near 10.00pm jugak..tidur jam 11.00pm cam orang mati..langsung tak sedar apa2..hanya alarm jam 5.00am mengejutkan saya untuk bersahur..terfikir jugak camnerlaa wanita bekerja yang tidak punya bibik menguruskan rumah tangga, anak-anak, suami, makan pakai dan urusan dipejabat lagi..masya Allah 'kuat dan kentalnya' mereka. Semoga tuhan memberi kekuatan kepadaku..Ameen..mood raya korang camner? dah shopping? gua masih ke laut lagi hik3x

Friday, August 12, 2011

Enjoy?

0
Masih lagi blur-blur dalam meeting dan makin blur bila dapat task time meeting tu ahakzz..gilernyer sengal kan? tapi tak per learning process is never ending kan cik ahkak? so klau ditilik dan dikaji task tu kecik jek cik ahkak oi compared ngan others..kira simple task jer laa...perlu keep asking n asking n kaji n menerai n cuba jaya..baca apa yang patut..testing apa yang perlu dan kena rajin-rajinkan diri untuk meringankan tangan + mulut..puasa bukan alasan untuk menyelowkan production kije ahkak2 sumer tawww

Apa-apa pun segalanya masih di alam fana yang indah kerana 12 hari bekerja bebanan tugas belum menimbun..stress belum memuncak..kepala masih waras dan otak belum betul-betul panas untuk menyumbangkan idea atau menyelesaikan masalah..so enjoyyy tapi jangan enjoy sangat cik ahkak oi kan menampakkan pulak yang kamu tu kaki enjoy hahahaha

Wednesday, August 10, 2011

@Cyberjaya

0
Sukerrrrr smile sampai rabik molot wakakaka sbb work @cyberjaya.Tak perlu redah jam dan bangun early morning wow nampak sgt suka tidokan? Apa2 pun ONLY FOR TODAY >,< So tak happy sangat.Masih dalam learning process dan ni hari 'captured' situation with users punya UAT dan SIT dan Test Case. Vendor juga get involve sebab ada request daripada user yang hanya mampu dijawab oleh vendor. 

Observe-Asking-Discussion so rilex yer jangan panic even server sebesar almari kat sini hahaha bukan satu tp berbaris-baris..bunyi pon horror..huhuhuh well i like this work and ENJOY!!!!

Tuesday, August 9, 2011

Real Situation

0
Hmmm kuar dari rumah 6.30am dan sampai office 8.15am. Jarak lebih kurang 20km sahaja. 1 jam 45 minit perjalanan. Lama memang lama dan sangat-sangat mencabar minda dan fizikal. Itulah hakikat kehidupan di Kuala Lumpur. Semuanya mengejar masa dan time management itu sangat-sangat penting. 

This is the real situation bila mana kamu haru kuar rumah awal pagi..memandu dalam jarak perjalanan yang jauh..menempuh jem dengan kenderaan yang banyak lagi sesak selain attitude pemandu yang hampeh..inilah cabaran kehidupan sebenar di KL..klau tak tempuh semua ini anda belum lagi mengenali KL.

Apa-apa pun bersikap positif dan sentiasa bijak mengawal minda dan perasaan. Pengurusan masa juga amat-amat penting bagi memastikan anda tidak kecundang dengan hiruk pikuk situasi di Kuala Lumpur. Good Luck!

Monday, August 8, 2011

Quick Update

0
Bunyik apa ntah kat sini macam bunyi mesin jangka hayat kat hospital daaa...everybody busy with their own work and task..haku?? as usual new comer kena baca documentation daaaa hahaha..yer laa kasik faham flow and all the related stuff. So enjoyyyyyy

OH pagi2 tadi dpt call daripada sumone yang nak berhutang..wah3 kejutan betul pagi2 ni..around 9.16am still consider early morning kan..ada anak dah kije..cakap leh tahan 'besau anginnya' ngan haku ni..alih2 aku jugak dicari untuk meminjam...katanya 1 week ajer so tunggu next week tgk apa status..agaknya klau aku nak berhutang dengan dia camner yer? dibagi ke? leh jer aku nak test power tapi malas aku nak test power ngan manusia jenis camni..oh tak dapat pahala aku..sia2 jer kasik hutang sbb consider aku ngumpat kat sini kan..erkkk ampunkan aku tuhan

Friday, August 5, 2011

I'm Back With New Spirit

0
Wah3x banyaknyerrrrrrrrrrrrrrr habuk kat blog ni..kena tinggal hampir 3 minggu sungguh usang skali...

Salam readers..

Banyak betul cite2 yang hendak dikemaskinikan dan dicoret tapi masa amat kurang mengizinkan. Bertitik tolak pada hari terakhir saya di syarikat lama,perjalanan pulang ke kampung, percutian di kampung halaman, report duty @ new place, induction week dan sekarang menjejakkan kaki ke ruang kerja baru dengan tugas baru di bulan Ramadhan penuh mulia + berkat ini. Masya Allah semuanya sungguh pantas dan segalanya berjalan dengan baik sekali.Ameen.

Hari terakhir di syarikat lama hanya ditinggalkan dengan 'jejak email' semua kakitangan. Memandangkan cawangan di KL adalah kecil dan staffnya juga ciput maka perasaan sedih tu tidak terasa sangat. Namun sebagai tanda ingatan dan penghargaan saya e-mail semua orang untuk mengucapkan terima kasih dan mohon kemaafan jika ada sebarang kesilapan sepanjang perkhidmatan saya selama 4 tahun 6 bulan. Satu jangkamasa yang lama bukan?

Tak sangka company bagi hadiah kat saya tapi malangnya lupa nak snap gambar #__# It's a big parcel tapi small item inside hahahah ni mesti kes nak pedajal saya ni *,* anyway thank you so much!! appreciate it very much! Isinya sepasang kain cotton with plain kuning biji kundang color. A bit dull for me. Tapi dah orang kasik tu saya hargai dan terima sahaja. 

Bawak balik ke kg tunjuk kat mak..aseyyy man..mak plak berkenan so saya kasik jek laaa...idoklah jadi bahan peraman saya hehehe..tak taula apa plan mak saya dengan kain tu. Adakah akan menjadi sepasang baju? atau sarung bantal? atau sarung tilam hahaha atau apa2 sarung yang sesuai...hahha kejamnya kain pasang jadi sarung-sarungan he3 

Tu jerlaa citer2 terkahir di syarikat lama..sempat salam ngan ahkak2 senior saja (@,@)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers