Quote Of The Day

Saturday, June 4, 2011

Marah Menggigil

Pernah korang menahan marah sampai menggigil? Biasanya klau lapar sangat yang jadi menggigilkan.Ni psal marah sampai menggigil-gigil.Semalam memang saya sangat marah.Yer SANGAT-SANGAT MARAH! MARAH SAMPAI MENGGIGIL TANGAN! Kerana unpredicted plan saya menjadi mangsa.Tak pernah saya marah sampai menggigil...pernah marah kaw2 tapi masih boleh control diri.Semalam punya kes saya masih boleh control tapi level of control tu membuatkan saya jadi menggigil.MARAH SANGAT tu...namun masih waras tapi kepala jadi pening at that time.

Teringat satu hadith

Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

Sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi) 

Sampai semalam cepat betul lena..pelik jugak..biasanya org yang sedang marah payah nak tidurkan sebab otak jem berfikir itu ini..saya ni lain plak..hurmmm..bangun jam 5am..solat dan update blog hikhikhik..heran..Alhamdulillah dah reda tapi sisa marah tu masih berbaki =.=

Tapi saya malas nak fikir dah.Tak berbaloi merosakkan mood sendiri dengan sikap -ve. Saya mau menjadi seorang yang tenang dan +ve serta waras.Jadi Professional, Jangan Emotional dan Selalu Rasional<< moto idup hek3x

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers