Misi meredah giant beli bahan-bahan untuk bubur kacang after office hour. Kes tak puas nak letak durian dalam entry lepas so pulun berbubur kacang hijau plak. Semestinya taruk durian. Sebijik RM23. Isinya biasa-biasa sajer dapat +- 20 ulas.
Masuk dapur around 7.30pm, jap jek bertapa.Sambil-sambil tunggu bubur betul-betul masak sempat mandi lagi. Sejukkan bubur kacang, after 1 hour baru santap Alhamdulillah kenyang, makan dengan roti.
Resepi Bubur Kacang Hijau Durian
Hidangan : 3-4 orang
Nota :
Untuk bahan yang tiada sukatan tepat, sila adjust mengikut kesesuaian
Kacang digoreng tanpa minyak untuk menghilangkan bau maung kacang
Garam dimasukkan untuk menambahkan rasa lemak pada bubur
Bahan-bahan:-
200g Kacang Hijau
130ml Santan Kelapa Jenama Naco(65ml + 65ml)
Air
Daun Pandan
Gula Melaka dan gula
Garam
Isi durian
Cara-caranya:-
- Cuci kacang hijau sehingga bersih.Toskan.
- Goreng kacang hijau(tanpa minyak) dengan api yang perlahan dalam 15 minit atau agak-agak kacang sedikit kekuningan. Ini untuk mengelakkan rasa maung pada kacang.
- Masukkan air,gula melaka,garam serta daun pandan dan rebus kacang sehingga kacang kembang. Pastikan jangan terlalu kembang untuk mengelakkan kacang terlalu hancur.
- Setelah kacang empuk dan kembang masukkan isi durian dan santan.Tambahkan air jika terlalu pekat. Kacau dengan api perlahan dan adjust rasa manis dan lemak mengikut selera. Sejukkan dan sedia untuk dimakan. Selamat mencuba ~,~
bahan-bahan yang digunakan |
bubur kacang hijau durian |
0 comments:
Post a Comment