Entry berunsurkan kesihatan. Janji saya pada entry lepas disini. Alhamdulillah lega dah berjaya 'memancing' 1 botol extra virgin olive oil di Jaya Jusco ^_^ tadi
Filippo Berio ExtraVirgin Olive Oil |
So bila saya nak mula 'telan' minyak zaitun ni?? Dah bukak botol & amik bau tadi..perghh boleh tahan laa baunya hikhikhik saya pernah telan minyak kelapa dara n ok jek..psychology nak kena kuat hahah macam bagus jer .Insya Allah esok pagi kot =)
Info dari internet:
- Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun kedalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). Semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan.
- Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
- Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
- Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).
- Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati).
- Kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia
- Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.
- Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
- Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
- Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
- Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
- Antioksidan dan antikanser
- Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
- Membekal vitamin E
- Kecantikan (kulit dan rambut)
- Kestabilan asid lemak
- Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
Kegunaan masajterapi
1 comments:
dah mula 'telan' minyak ni...alhamdulillah walaupun agak terasa di tekak..redha jer la..ada hikmahnya =)
Post a Comment