Untuk entry yang ke-80 (jap jer yer mcm x caya plak) saya ingin berkongsi ilmu tentang buku yang sempat saya 'tarik' disalah satu kedai buku dalam sebuah shopping mall berdekatan tempat tinggal saya. Alhamdulillah berjaya juga menjayakan niat saya untuk membeli buku-buku berunsur keagamaan. 3 biji kesemuanya. Lama betul saya tak membeli buku, seingat saya berbulan jugak la(benarla seperti yang dikata, rakyat malaysia membaca buku dengan kadar rata 1 muku surat setahun o-0 ouch terasa plak saya tp saya banyak membaca secara maya huhu tak nak kalah tu)
Buat masa sekarang, hanya 1 buku sahaja yang baru saya sentuh. Buku di bawah ini.
Masya Allah, tersentuh hati saya ketika membaca isi ceritanya. Salah satunya saat-saat wafatnya nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. (permulaan bab berkaitan cinta kepada Pencipta & RasulNYA). Apa yang ditulis dikala maut menjemput beliau, Izrail(malaikat) diperintahkan Allah S.W.T untuk mencabut roh baginda dengan cara yang paling lembut. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata,"Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."(Jibril (malaikat)ada bersama-sama Izrail ketika itu).
Tidak dapat digambarkan bagaimana azabnya maut jika roh kita disentap oleh Izrail sedangkan roh Baginda Nabi Muhammad S.A.W(kekasih Allah yang pastinya maksum dan kaya dengan pahala dan amal) yang dicabut secara lembut terasa akan kesakitannya. Insaf sejenak ('_'). Moga-moga kesedaran itu kian dalam untuk saya lebih dekat padaNYA. Insya Allah.
Tak sabar untuk saya khatam segala ilmu & message yang ingin disampaikan penulis menerusi buku ini =)
Labels:
Info
0 comments:
Post a Comment