Oleh Faizatul Farlin Farush Khan
ADA sesetengah pekerja yang ingin mencari kerja baru bagi menyesuaikan diri dengan minat atau mahukan lebih cabaran dalam kerjaya mereka.
Mungkin rutin kerja seharian yang tidak memberikan cabaran menyebabkan kebosanan.
Kadang-kala syarikat yang tidak memberi peluang kepada pekerja untuk lebih maju dalam syarikat masing-masing menyebabkan sebilangan pekerja mengambil keputusan mencari tapak baru.
Ada banyak sebab mengapa seseorang pekerja itu mahu mencari tapak lain tetapi selalunya ia berkaitan soal mencari tapak untuk lebih memajukan diri dalam bidang kerjaya yang mereka ceburi.
Bagi sesetengah orang, bertukar kerja sesuatu yang dilakukan beberapa kali sepanjang hidupnya dalam usaha mencari kerja yang paling sesuai dengan jiwanya.
Jika seseorang itu sudah berfikir semasak-masaknya dan mahu menukar kerja ada 10 langkah yang boleh dijadikan panduan.
Langkah pertama buat senarai apa yang disukai dan tidak disukai. Kebanyakan orang menukar kerja kerana tidak berpuas hati dengan rutin kerja, syarikat, ketua ataupun rakan sekerja.
Pada masa yang sama, senaraikan sekali semua yang disukai sama ada ketika bekerja, berada di rumah atau ketika waktu senggang. Apa sebenarnya yang membuatkan anda teruja dan membangkitkan minat mendalam?
Jika anda masih belum pasti minat sebenar, cuba selidik secara mendalam terutama berkaitan kerja anda sekarang. Kuncinya memahami kehendak diri sendiri.
Langkah kedua pula, meluangkan masa membuat kajian berkaitan kerjaya baru yang ingin anda ceburi. Jangan bimbang jika anda sedikit ragu-ragu, ia proses semula jadi apabila seseorang itu mahu menukar kerja mereka.
Ketiga, kenal pasti kemahiran anda dalam kerja sekarang yang juga boleh digunakan dalam karier terbaru contohnya seperti skil komunikasi, kepimpinan dan perancangan.
Anda mungkin tidak menyangka sudah mempunyai asas yang kuat untuk masuk dan berjaya dalam karier baru dengan pengalaman dan skil diperoleh daripada kerja kini.
Keempat, walau apapun kemahiran yang anda ada, anda masih memerlukan latihan dan pendidikan yang boleh membantu anda berjaya dalam bidang baru dipilih.
Mungkin pengetahuan yang anda ada kini perlu ditambah dan dikemas kini. Anda mungkin perlu mengambil kursus dalam bidang baru. Ini boleh membantu anda dan bakal majikan lebih yakin terhadap kemampuan diri.
Kelima, rangkaian kenalan anda dapat memberi kekuatan dalam usaha anda menukar kerja. Mereka yang anda kenali mungkin dapat membantu anda dengan memberi nasihat kerjaya mana terbaik dan sesuai dan menawarkan kerja yang sesuai.
Kenalan anda dalam bidang kerja juga boleh membantu memberi maklumat dan nasihat mengenai syarikat mana atau industri mana yang paling baik untuk diceburi pada masa kini.
Anda juga boleh meluaskan rangkaian kenalan dengan menyertai organisasi profesional dalam bidang yang sama atau menghubungi rakan lama yang bekerja dalam bidang yang anda mahu ceburi dan mendapatkan nasihat daripadanya.
Langkah keenam adalah sebelum menukar kerja, adalah lebih baik jika anda membabitkan diri dalam bidang baru dalam usaha mendedahkan diri dan mendapat pengalaman walaupun mungkin secara sukarela saja.
Cara ini bukan saja memberi kepastian kepada anda untuk menukar bidang kerja, malahan ia dapat membantu sekiranya anda benar-benar membuat pertukaran kerja.
Mungkin anda boleh kerja pada waktu yang mengizinkan secara separuh masa dalam bidang yang diminati, apa yang penting adalah pengalaman.
Langkah ketujuh ialah mencari mentor atau 憄emandu�yang boleh memandu anda membuat keputusan menukar karier. Ini kerana menukar karier bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Bimbang jika tiada panduan, anda mungkin akan gagal.
Mentor anda juga mungkin boleh membantu mencari kenalannya dalam bidang berkaitan untuk mencari tapak kukuh supaya anda boleh maju dalam bidang yang dipilih. Lebih berjaya mentor yang dipilih, lebih cerah peluang anda untuk berjaya dalam membuat penukaran karier.
Kelapan, anda perlu yakin mahu membuat penukaran karier supaya tidak menyesal di kemudian hari. Fikir semasak-masaknya. Jika anda merasakan masih mempunyai peluang untuk maju dalam karier sekarang, bincang terlebih dulu dengan ketua anda.
Kesembilan, apabila anda sudah seratus peratus yakin mahu menukar karier, mula membuat pencarian kerja menggunakan asas mencari kerja seperti pertama kali anda mencari kerja.
Asas mencari kerja itu adalah membuat kajian syarikat yang ada dalam bidang karier dipilih, menulis dan menghantar kurikulum vitae, menghadiri temuduga dan akhir sekali jangan lupa berbincang mengenai tawaran gaji yang dibuat selepas berjaya mendapatkan kerja.
Akhir sekali, anda perlu bersikap fleksibel terhadap segalanya berkaitan kerja baru. Tentukan matlamat untuk diri anda dalam bidang berkenaan dari awal dan bersikap positif kepada persekitaran kerja baru.

Note : Mengikut kajian, sekurang-kurangnya seseorang individu akan bertukar kerjaya sebanyak 3 kali seumur hidup.
1 comments:
Saya ingin memposting sesuatu seperti ini di website saya dan ini memberiku ide. Cheers.
Post a Comment