Quote Of The Day

Sunday, March 27, 2011

Car Wash

Lama betul rasanya Katak Emas saya tu tak dimandikan.Walaupun kategori 2 alam bkn citer Dr Romzey tu tau namun rutin mandi-mandi tu wajib jika badannya dah kotor sangat atau mata saya sakit bila nak pandangnya.Memandangkan today and yesterday sangat-sangat cerah plus panas terlampau sampai berair mata pandang langit maka inilah waktu terbaik nak membasahkan katakku itu ~,~ yeaa sure best kena mandikan right? 

Kebiasaannya katak saya dimandikan kat Rhythm Studio Car Wash  tapi ari ni saja nak try another place plak. Citer psal Rhythm Studio Car Wash tu fuhhh sangat puas hati. Service Tip Top! O,O bersih tak yah cakaplah, cepat pun yer melainkan banyak sangat keta yang duk Q. Full fill my standard laa bak kata omputeh  .I give U 4*(star) out of 5. 

Ok back to the new car wash place ni hurmmm boleeee larrrr biasa-biasa jer. Nama kedainya SHINE Car Care Services & Accessories. Tapi idoklah shinning bebenor katakku itu :-| hmm beza RM1 jer dengan Rhythm Studio Car Wash tu, nak sedapkan hati janji BERSIH + WANGI wangi tu sbb i sembur febreze tadi hikhikhik 

Bila dah bersih, sejuk mata memandang, mendamaikan dan menggambarkan keperibadian sesorang jugak.Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Kebersihan adalah separuh daripada iman”. (Riwayat Muslim) dan “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Ia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.” (Riwayat Al Bazzar). 

Bukan sahaja bersih pada lahiriah tetapi batiniah juga perlu bersih sebersihnya. Insya Allah itulah hamba yang dicintaiNYA.


2 comments:

Anonymous said...

just copy my report here before go to tribunal

Pada 10/7/2011 saya telah pergi untuk mencuci kereta saya (Proton Wira) di RHYTHM STUDIO CAR WASH, no 2, jln bpp 8/4, bandar putra permai,43300 seri kembangan selangor. Saya mendapatkan nasihat dari pihak kedai untuk mencuci bahagian engine kereta tersebut. Pekerja kedai memaklumkan bahawa tiada sebarang masalah dan dengan bayaran rm15 pihak kedai akan menanggung kerugian jika berlaku sebarang kerosakan yang tidak diingini disebabkan oleh pencucian engine tersebut. Dengan itu saya bersetuju untuk membuat pencucian bahagian engine walaupun dengan harga yang agak tinggi kerana ada jaminan dari kedai tersebut.
Sehari selepas itu saya mengalami masalah yang mana kereta tersebut gagal untuk dihidupkan. setelah saya 'tow' kereta tersebut ke bengkel dan setelah diperiksa pihak bengkel memaklumkan bahawa kerosakan di sebabkan coil yang basah oleh kerana ketidakpakaran dalam proses mencuci engine. Pihak bengkel membantu saya untuk menghubungi kedai tersebut. Pada masa kenyataan yang berbeza oleh pihak Rhythm Studio yang mana mengatakan bahawa mereka memang tidak ada jaminan walaupun kerosakan disebabkan oleh proses pembasuhan engine. pihak RHYTHM STUDIO juga memaklumkan bahawa kereta jenis proton wira memang selalu mengalami masalah yang sama jika pembasuhan engine dijalankan. Saya kecewa kerana semasa saya meminta nasihat mereka sebelum ini tidak pula diterangkan demikian, malah memberi jaminan untuk proses pembasuhan enjin tersebut. Saya juga terpaksa menanggung kos membaiki kereta saya sebanyak rm300.

MDN on July 14, 2011 at 9:46 AM said...

Anonymous..
so far saya tak pernah cucui engine kereta saya disana kerana saya pernah tgk dorang cuci engine kerata dengan air..so saya was2..sebaik2 pencucian engine adalah dengan chemical + blow angin..apa2 pun saya bersimpati dengan awak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Followers